Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Monday, June 27, 2011

Bersih & Adil


Aku tahu ramai yang mempunyai pandangan mereka yang tersendiri tentang perhimpunan BERSIH pada 9 Jun nanti. Apatah lagi sejak awal media sudah memainkan “peranan” mereka dengan sogokan, menyatakan perhimpunan ini sebagai satu perhimpunn yang haram.


Ditegah kepada rakyat secara habis-habisan dari menyertainya. Diteguhkan lagi dengan kenyataan dari Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan kerajaan menegaskan perhimpunan ini sebagai satu kesalahan. Rakyat diugut dengan “ancaman tangkap”.

Mengapa dikatakan haram? Dalam perlembagaan persekutuan sendiri membenarkannya dalam Perkara 10, berkaitan kebebasan bercakap berhimpun dan menubuhkan persatuan: secara aman dan tanpa senjata.

Baiklah, satu gambaran…


Mengapa tidak satu perhimpunan bagi menonton konsert dari artis yang “sexy”, dengan pakaian terdedah tidak haram? Mengapa tidak perhimpunan besar bagi menyambut kedatangan tahun baru tidak haram? Kenapa tidak dihalang? Sedangkan mudharatnya ketika itu adalah lebih besar. Berlakunya pergaulan bebas, minum arak & juga tanpa disedari mencemarkan nama negara ini sebagai sebuah negara Islam. Aku tidak katakan yang aku setuju atau tidak, tetapi pemikiran ini sentiasa berlegar di ruangannya. 

BERSIH 2.0 merupakan suara sebahagian daripada rakyat negara ini untuk menyatakan teguran bagi penambah baikan sistem pilihanraya yang sedia ada di Malaysia yang juga rentetan dari BERSIH satu. 8 tuntutan BERSIH 2.0 ialah:

1. Membersihkan senarai undi.
2. Mereformasi undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal.
4. Akses media yang bebas dan adil.
5. Tempoh kempen minima 21 hari.
6. Memperkukuh Institusi Awam.
7. Menghentikan rasuah.
8. Menghentikan politik kotor.

Namun dalam keadaan begini adalah tidak wajar bagi sesetengah pihak lain ingin juga turun mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama bagi menghalang perhimpunan BERSIH ini. Pihak itu adalah Perkasa yang dipelopori oleh Ibrahim Ali dan Pemuda UMNO.
Pada aku jelas, keadaan akan jadi hura-hara hanya apabila pihak lain membuat “kacau” pada tarikh yang sama. Ditambah pula provokasi yang sudah tentu datang daripada pihak polis. Padahal perhimpunan tersebut telah dijelaskan tujuannnya secara aman tanpa sebarang senjata yang merbahaya seperti parang dan pistol.

Kita perlu tahu, politik merupakan sebahagian daripada kesyumulan Islam. Politik dalam Islam disebut Siasah Syar’iyyah. Maka berminat atau tidak, kita semua mesti mengambil tahu juga. Bagi memastikan semuanya mengikut Siasah Syar’iyyah, rakyat mestilah bersatu untuk mengubahnya agar politik di Negara ini tidak lagi dicemari oleh anasir-anasir kotor dari luar yang telah dibawa masuk ke dalam negara ini suatu ketika dahulu. 

Antara prinsip politik dalam Islam adalah berasaskan aqidah Islam, syariah yang berkuasa, amanah, keadilan, syura, hisbah & keamanan, kepimpinan yang berwibawa, dan kepatuhan.

Jadi inilah masa untuk kita mengubahnya..mari yook! ;)
Ya Allah bebaskan negara ini dari fitnah, maksiat, perpecahan & dari pemimpin yang zalim..AMIN....

p/s: mari kita fikir, nilai dan kaji..



Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..



Thursday, June 23, 2011

'Landing' yang terbaik





Bila kita naik kapal tebang, sudah tentu kita mahukan penerbangan kita tu selamat. Maka mesti bermula dengan permulaan yang perlahan dan selamat. Jadi begitu jugalah kita mahukan kapal terbang itu selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju. Landing yang baik diperlukan, yang “cantik punya” la. .

Aku bukan pilot, jadi bukanlah aku nak cerita macam mana nak bawa kapal terbang, bukan juga nak bawa anda bercuti. Hanya sekadar analogi yang aku bawakan.

Mari ikut aku…
Aku telah mnyambung pengajian di KUIS di peringkat diploma. Aku telah memulakan semester 1 ketika itu dengan lancar. Pada semester 1 hingga semester 3 result exam sangat baik. Dean List atau tidak? teteeet.... :). Permulaan yang baik. Sekarang pula tanpa disedari aku telah melalui semester akhir dalam beberapa bulan yang lepas. Harapan aku memang melangit dalam penerbangan akhir ini. Bagaimana landing ini? Terbaik or not.


Agak mendebarkan juga kerana di ‘pertengahan penerbangan’ prestasi aku cukup goyah lagi mnggerunkan. Orang kata biasa ja, tapi bagi diriku apabila prestasi akademik menurun itu adalah sesuatu yang perlu diambil serius. Semuanya bersangkut paut dengan aktifnya aku berpersatuan? Aaah! tu semua alasan. Bak kata bijak pandai “If you fail to plan, you plan to fail”. Sama ertinya seperti apa yang disebut dalam satu potongan ayat al-Quran yang bermaksud " Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, melainkan hamba itu sendiri berusaha mengubah nasibnya. Jadi, atas kudrat dari Allah mesti berusaha. Takkan mahu bertangguh lagi.

Maka sekarang, harus aku panjatkan syukur pada Allah ya Rahman, yang memberi rezeki padaku. Landing aku yang terbaik akhirnya. Walaupun lambat sedikit tengok result dek kerana lambat bayar yuran di KUIS, tetapi sangat berbaloi akhirnya. Nak tau berapa pointer? Alhamdulillah tak dijangka, lebih baik dari result semester 1 dulu.
 
Memang sering aku dingat-ingatkan. Seorang muslim mesti cemerlang dalam semua sudut termasuklah akademiknya. Mestilah dia berilmu pengetahuan luas. If not, nanti akan membawa fitnah pada Islam. Wana’uzubillah.Jadi mesti buat yang terbaik untuk Islam. Usaha untuk bantu Islam dalam semua perkara mesti kita bajai dalam diri.

p/s: Kata-kata imam Syafie; Ilmu tanpa amal seperti pokok tidak berbuah. Apa guna ada ilmu yang menggunung tinggi jika tidak diamalkan.




Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..




Wednesday, June 22, 2011

Dia pernah memujiku

Minggu lalu aku telah menerima khabar yang menyedihkan. Seorang pendidik yang aku segani suatu ketika dahulu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya dia adalah guru aku ketika berada di tingkatan satu. Mengajar subjek yang aku gemari, bahasa Arab dan Al-Quran (hafazan & tilawah).

Sememangnya beliau merupakan seorang guru yang amat digeruni ketika itu dek kerana kegarangan dan ketegasan beliau. Rotan sentiasa berada di sisinya ke mana-mana sahaja kerana beliau juga guru disiplin. Jadi jangan cuba-cuba cari pasal, nanti kenalah padahnya. Ramai yang dah kena penagannnya tu.

Satu perkara yang tak dapat aku lupakan hingga kini ialah pujiannnya pada aku. Ketika itu di dalam kelas Al-Quran. Apabila selesai saja aku mendengarkan bacaan aku beliau memandangku dan mengukirkan senyuman. Aku mula kehairanan. Terus beliau berkata “ Sedap suara enti, bacaan enti lancar dan bagus “, ujarnya dengan nada memuji. Aku terus senyum tersipu-sipu malu. Tak sangka ustaz yang garang ni, senyum kat aku dan puji aku. Pujian itu di depan umum, itulah yang membuatkan aku rasa segan.


Selepas itu pujian yang sama beliau lemparkan dalam kelas-kelas yang seterusnya, tetapi kali ini secara personal depan aku saja. Beliau tahu aku segan.. Segala kelebihan adalah datangnya dari Allah yang maha kuasa bukan kebanggaan manusia. Bukanlah niat aku ingin 'angkat bakul' tetapi sekadar berkongsi kenangan manis aku. Manusia mempunyai banyak pandangan pada kita, tetapi pandangan Allah itu yang lebih utama. Terima kasih kepada ustaz atas pandangan dan pujian tersebut.

Sungguh, aku rindu pada raut wajahnya, suaranya, dan rotannya. Ustaz Zaki dalam kenangan. Aku tidak berkesempatan melawatnya di hospital ketika beliau sakit. Sekadar aku mendengar khabar sahaja dari teman-teman yang telah melawat. Tiada yang mampu halang apabila takdir Allah mengatasi segalanya.

Jasa seorang pendidik sepertimu amat bernilai. Segala ilmu, tunjuk ajar, serta tegurannya amat aku hargai. Tentu sekali ada kesan positif pada diriku atas semua jasanya itu. Takziah buat arwah Ustaz Zaki bin Mokhtar.
Wassalam.

*p/s:Dunia ini hanya persinggahan sementara bagi semua manusia. Padanya kita datang, kepadanya kita kembali*

 Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..


Tuesday, June 7, 2011

Kerja baruku ;)

Pagi, kadangkala 'overtime' sampai malam. Itulah kerja baruku sebagai guru. Menjaga dan mengajar kanak-kanak memang agak memenatkan. Aku sangat sukakan budak-budak, yang lagi kecil lagi suka. Tapi memang menguji kesabaran. Suaraku ni yang menjadi mangsa keadaan, terpaksa menjerit selalu tegur dan marah. Itulah aku, yang tidak memiliki suara yang kuat,suara aku yang sedikit lembut menurut kata orang ini sudah semakin kehabisan.

Teruslah aku berusaha belajar menjerit sikit, supaya jadi garang. Jika tak mereka memang tak takut dengan aku. Tidak mengapa! aku cuba yang terbaik walaupun sementara saja kerja. Seronok lagi bekerja dari tiada kerja nak buat.Pengalaman memang amat bernilai. Lepas SPM dulu pernah aku bekerja sebagai kerani di sekolah dalam masa yang sama ‘handle’ sukan. Jadi kerani lebih memenatkan, sebab duduk depan komputer saja, dan tangan lebih banyak bergerak, anggota lain diam saja. Apapun semua pekerjaan ada kelebihan dan kelemahan. Apa yang dilakukan mestilah ikhlas dan positif. Sampai bila kerja aku ni ya? tengoklah gane. Sebelum sambung belajar di mana-mana 'U' Okey, itu saja..caw2 dulu..
Wasssalam ;) 

 Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”