Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sunday, October 11, 2009

Pedang Allah !

"Saifullah" atau Pedang Tuhan gelaran yang di berikan kepada pahlawan ini. Khalifah Abu Bakar pernah berkata "Tiada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid Al Walid"Pada mulanya ia menentang islam dan atas kebijaksanaan dialah tentera Islam telah dikalahkan dalam perang Uhud.

Keislamannya membuka lembaran baru dalam sejarah Islam bermula dengan perang dengan tentera Rom yang mana ianya hanyalah tentera biasa dalam pasukan islam. Peperangan berat sebelah 200,000 tentera Rom melawan 3,000 tentera Islam.

Mengalir air mata aku dimana 3 pahlawan serangkai yan dilantik menjadi pemimpin perang oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah mati syahid ketika mempertahankan panji panji islam sebelum ianya di ambil alih oleh Khalid al Walid dan akhirnya ia berjaya memperdayakan musuh walaupun ketika itu Islam tidak dapat mencapai kemenangan mutlak.

Dengar kata-kata nya yang mengerun kan musuh " ......... kami lebih sukakan kematian sebagaimana kamu sukakan kehidupan" pasti mengerunkan pihak lawan bila mendengar pasukanya hadir dalam mana peperangan.

Kemahsyurannya ketika memimpin tentera islam dalam memerangi orang orang yang mengaku Nabi dan dilanjutkan sehingga menjelajah kerajaan Parsi sepertimana yang pernah yang diberitakan oleh Rasullulah s.a.w. Kerajaan Parsi pasti akan dibinasakan oleh Tuhan dan cahaya islam akan menyinar sehingga ke Rom.

Dia berjaya mengislamkan pahlawan Rom "Gergorius Theodorus" ketika peperangan di Yarmuk. Tidak lama selepas di islamkan Gergorious mati syahid ketika membantu islam dalam peperangan yang sama. Sekali lagi air mataku menitis.

Kerinduan nya memburu Syahid tidak pernah luput sehingga ia menyertai 100 peperangan, sehingga setiap inci disentuhi oleh mata tombak , pedang dan panah tetapi ajalnya tetap bukan dimedan peperangan.

Wassalam.

Saturday, October 10, 2009

PeMuda dulu & kiNi..




“Ingin melihat masa depan sesebuah Negara, lihatlah pada pemudanya”. Kata-kata yang saya dengar dari mulut pengacara dari sebuah rancangan di tv pagi tadi mencetuskan rasa untuk saya tulis kali ini. Bila dibaca sejarah pemuda zaman Rasulullah dan para sahabat, saya rasa cemburu yang bersangatan. Kalaulah saya dilahirkan bersama-sama Zaid b Tsabit r.a. yang berumur 13 tahun waktu itu, pasti aku dapat bersama-samanya di
perang Badar walaupun saya ni wanita.Mampukahsaya jadi seperti Ali b Abu Talib r.a. yang pada umur 10 tahun sudah mula berjihad bersama Rasulullah dan sanggup menggantikan tempat tidur Rasulllah semasa peristiwa hijrah



-->
Usamah bin Zaid r.a. sewaktu berumur 18 tahun telah dilantik mengetuai sepasukan perang yang di dalamnya terdiri dari sahabat-sahabat lain yang lebih senior.Aku cemburu dengan Mus’ab b Umair r.a, seorang pemuda tampan anak jutawan yang diagungkan oleh Rasulullah kerana sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya demi untuk berjuang bersama Rasulullah.Sultan Muhammad Al Fateh menjadi Khalifah Kerajaan Uthmaniyah semasa berumur 22 tahun. Imam As-Syafie sudah menjadi ulama dan layak mengeluarkan fatwa seawal umur 13 tahun.Hasan Al Banna mula memimpin gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun.
Walaubagaimanapun, semua itu adalah sejarah. Saya sangat berharap sejarah itu akan berulang kembali. Namun, kita perlu berfikir panjang. Entah bila laa sejarah itu akan dilakar. Lihat dengan generasi muda-mudi hari ini. Bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan pemuda zaman Rasulullah, sahabat, dan para tabi’in.Perhatikanlah sikap dan kecenderungan muda-muda Islam hari ini.

-->
Mereka sibuk dengan fesyen-fesyen terkini yang semakin pelik. Fesyen ala hip-hop, grunge, punk dan sebagainya. Yang lelaki suka pakaian lusuh, rambut berserabai macam tak mandi. Bagi wanita, seluar jeans ketat dah jadi trend yang populor. Sudah tak malu menayang bentuk tubuhnya untuk ditonton oleh lelaki. Tak kira sekolah agama atau sekolah biasa,tak de maknanya semua dah terpengaruh.

Kecenderungan mereka bukan lagi kepada ilmu-ilmu agama. Remaja hari ini ramai yang terlalu obses dengan kartun-kartun anime, manga, drama-drama bersiri dan sebagainya . Sebahagian hidup mereka dihabiskan untuk rancangan kegemaran mereka. Ikon mereka adalah hero-hero khayalan, Naruto, Kamen Rider, Death note dan lain-lain. Hard disc 160G hanya dibazirkan dengan movie dan drama Hollywood, Korea dan sebagainya. Sanggup melengahkan solat semata-mata nak layan drama Heroes, Supernatural, Love Storyin Harvard dan lain-lain.

Sahabat-sahabat,
Remaja hari ini menjadikan artis dan pemain bola sebagai idola dan ikutan. Mereka boleh kenal nama penuh kesemua pemain Chelsea, sedangkan nama 10 sahabat yang dijamin syurga mereka tak kenal. Masalah rumah tangga artis Norish Karman,Abby Abadi lebih menarik bagi mereka dari mengambil tahu kisah rumah tangga Rasulullah. Itu belum lagi bercerita tentang remaja rempit, bohsia, pelacur, mat dadah, kaki pil, hidu gam, dan bermacam jenis lagi.Bagi remaja yang bergelar mahasiswa pula, sebahagian mereka pula hidup untuk study,study,study semata-mata."Study" ke? Ajak usrah tak nak, ajak ke masjid mereka kata sibuk. Time exam, stay up sampai solat subuh pun pukul 8. Takpe jahil agama, asalkan exam dapat result tinggi.

Kalaulah semua masalah ini masih membelenggu remaja Islam hari ini, selagi itulah Umat Islam akan terus ditindas dan dihina. Peringatan ini buat diri sendiri juga.Ok, sahabat-sahabat inilah peranan besar kita untuk ISLAM.

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”