Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Showing posts with label Adam Hawa. Show all posts
Showing posts with label Adam Hawa. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Angin Syita'





Awal bulan 9 sampai Urdun..
Sekarang, dah habis imtihan nihaie(final exam)..
Sepantas kilat masa berlalu..
Kejap gelak, kejap lagi senyap, kejap lagi makan, sat lagi tidoq, pastu baca al-Quran, sat lagi makan lagi.. (maklumlah syita’). Itulah suasana di masa minggu exam di sini, macam-macam fi’il. Hidup ni ibarat roda, tak kesah lah roda basikal, roda kereta, roda impian, sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Islam juga begitu, pernah berada di puncak, dan satu masa jatuh, di tempat yang paling bawah. 

Samada berada di tahap manapun, usaha, usaha, dan usaha. Allah melihat pada usaha, bukan pada hasilnya. Matlamat mesti ada, target mesti diletakkan, strategi perlu disusun. Bagaimana Rasulullah S.AW melawan musuh dalam perang Khandaq? Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh nak menakluk kota Konstantinopel? Bagaimana kita nak menukar tampuk pimpinan Malaysia? Dengan perancangan dan strategi, & usaha..usaha..usaha.. Jika tetap gagal, salah siapa? Di sinilah adanya konsep tawakkal & tidak berputus asa. " فتوكل على الله ". Allah belum nak beri pada kita kejayaan dan itulah yang terbaik buat kita ketika itu. Hamba seperti kita tak mampu mengubah, when Allah says YES, no one can say NO.



Macam lagu hijaz; "Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam”. Walaupun ujian datang sekencang angin musim syita’, maka itulah lukisan alam, itulah lumrah hidup. Mungkin ada orang didatangkan ribut taufan, lebih berat lagi dari kita...

saat kejayaan ditagih, usaha i2 m'jadi taruhan,
saat kejayaan diharapkn, konsentrasi i2 m'jadi ukuran,
saat kejayaan diimpikan, angan2 i2 m'jadi perangsang,
saat kejayaan didambakan, padanya saja disandarkan segalanya.

p/s:
-Bg yg xtau Syita' maksudnya musim sejuk.
-Semoga berjaya semua ;)


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Saturday, July 3, 2010

4 GOLONGAN LELAKI AHLI NERAKA

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:-
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…”
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

Thursday, February 11, 2010

Nasihatku pada IkhwaH



Kami ini senang jika diperhatikan, apalagi jika kalian adalah ikhwah yang dewasa, ikhwah yang mempunyai karisma, atau ikhwah yang alim, atau ikhwah yang bersifat "cool" apatah lagi mempunyai sifat penyayang, walhal kami belum mampu berhijab secara baik. Oleh itu, tundukkanlah pandangan kalian dengan makna yang sebenar-benarnya, dan janganlah kalian ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya.

Kami juga senang mendengar kalian berbicara dengan kebaikan dan kelebihan tentang kami, rasa di hati tidak dapat diperkatakan lagi, kami terasa seakan dihargai , namun bagi mengelakkan kelalaian hati kita, oleh itu, cukuplah bicara kalian jika kalian mulai memberi pujian kepada kami meskipun itu hanya sebuah pujian kecil..tetapi biarlah hanya dengan pujian kecil sahaja..lebih baik kalian bnyakkan pujian kepada
Allah sang Pencipta.

Kami juga sukar menahan bayangan-bayangan hati akan kalian para ikhwah, ketika kami merasa para kalian dapat menjadi tempat untuk mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayang-bayang kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami mencurahkan isi hati kami kepada kalian.

Kami juga inginnya terus dekat dengan kalian para ikhwah, tapi maaf..bukan kerana apa-apa tapi lebih kerana perhatian yang kalian berikan kepada kami, meskipun sesungguhnya kami sangat malu akan hal ini, terkadang kami pun terlepas kata dan laku, malah menjadikan kami dan kalian semakin tak mengenal batas, kerana itu pertama nasihatilah kami akan azab Allah dan setelahnya jangan pernah memberi dan membalas bentuk
perhatian kami.


Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) [Surah al-Israa ayat 32]

Katakanlah pada orang-orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya ........ [Surah An-Nur ayat 30-31]

Janganlah kamu mengikuti pandangan pertama (kepada wanita) dengan pandangan berikutnya. Kerana yang pertama itu untukmu dan yang kedua adalah dosa
[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Hakim).


hidup adalah rangkaian pilihan demi pilihan, hanya orang-orang yang berusaha memelihara hubungan dengan Allah dan mencari ilmu sahaja yang akan memilih kebenaran. Kerana rezeki, maut, dan jodoh setiap manusia telah Allah tetapkan, maka yang perlu kita lakukan adalah bagaimana untuk selalu memperbaiki usaha kita dalam menerima ketiga-tiga perkara itu. Banyak perkara yang kita pandang baik, namun tidak dalam pandangan Allah. Bersabarlah atas takdir Allah, kerana sesungguhnya buah kesabaran itu
sangat manis dan sangat lazat.


Wassalam ",

Friday, July 10, 2009

Nilai Harga Secebis Kain (Purdah)




Harganya tidak mahal. Saiznya juga tidak besar.
Tidak semahal baju, tidak sebesar jubah.
Ia cuma sekeping kain yang digunakan untuk menutup wajah, kecuali sepasang mata.

Namun ramai orang memandang ia sekadar sekeping kain yang murah. Ramai juga orang menilai, ia sekadar penutup kepada wajah supaya ‘tidak dikenali’.
Hakikatnya, sekeping kain itu cukup mahal. Bukan pada harganya, tapi pada nilainya yang tersendiri. Nilai yang tersurat, juga nilai yang tersirat.

Bagaikan ada suatu tarikan tersendiri kepada wanita yang mengenakan sekeping kain itu di wajah mereka. Bukan tarikan fitnah manusia, sebaliknya tarikan kepada rahmat Allah sehingga menjadikan mereka mulia.

Tidak mesti ustazah, tidak mesti guru agama. Mulia itu Allah beri kepada mereka yang mengenakannya atas nama Taqwa. Itu yang menjadikan mereka tinggi di mata manusia.

Sudah tentu, bukanlah ketinggian di mata manusia itu suatu yang dicita-cita, tetapi itulah kurniaan Allah kepada hamba-hamba yang dipilih-Nya. Allah memuliakan siapa yang Dia mahu, dan menghinakan siapa yang Dia mahu.

Muslimat yang memilih untuk menutup wajah mereka agar dirinya lebih terpelihara dari fitnah dunia, akan dikurniakan Allah akan suatu nikmat kehidupan dunia yang tidak dirasai oleh sesiapa yang tidak memakainya.

” Saya rasa lebih tenang dan selesa
” Alhamdulillah..rasa terjaga apabila bergaul dengan manusia “

Selesa, tenang dan bahagia itu letaknya di HATI.
Manusia yang memilih untuk mendekati Allah dengan wasilah-wasilah kebaikan, umpama mereka menempah kebahagiaan khusus dengan Allah. Dan Allah berikan kebahagiaan itu khusus ke dalam hati-hati mereka.

Nampak kolot, tapi hati damai.
Nampak ‘mudah dibuli’ tetapi mendapat penuh penghormatan.
Nampak tak menarik, tapi menarik rahmat dari Tuhan.

 

BICARA NILAI

Benarlah, nilaian manusia tidak sama dengan nilaian Tuhan.
Sekeping kain itu hanya tinggal sekeping kain yang tiada nilai, kiranya dipakai bukan kerana Tuhan.
Dipakai kerana ikut-ikutan, atau kerana mahukan penghormatan. Dipakai kerana mahu menjadi ustazah jadi-jadian, atau semata-mata menarik perhatian jejaka idaman.

Allah menilai hati,bukan sekeping kain.
Tetapi sekeping kain yang dipakai kerana Tuhan, impaknya sungguh agung melangkaui nilaian insan.
Justeru, keagungan dan nilai yang tinggi itu jangan dipersiakan.

” Saya nak tengok wajah awak, boleh? “
Permintaan seorang lelaki.
Beradab, jika betul kena caranya. Tetapi biadab, jika tidak kena pada caranya.

Bagaimana seorang muslimat yang begitu menjaga penampilan dirinya dan menyembunyikan wajahnya dari tatapan lelaki ajnabi, akan menyingkap sekeping kain yang sekian lama menutup wajahnya untuk ditatap oleh seorang lelaki?

Berat.

Perasaan yang tidak dirasai oleh muslimat yang tidak mengenakan sekeping kain di wajah mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Jika memakainya hanya kerana manusia atau untuk menarik minat sang jejaka, apa masalahnya, dengan mudah saja boleh dibuka. Disingkap, dilihat dan ditatap.

Tetapi bergegar singgahsana kehormatan seorang wanita yang memakainya kerana Allah jika mudah-mudah membiarkan wajahnya ditatap oleh sang teruna.
 

Jadi bagaimana?

Pemuda : Bukankah untuk melamar dan menjadikan isteri itu, harus ditatap wajahnya terlebih dahulu? Nah sekarang, mengapa berdegil untuk menyingkap sekeping kain itu?

Hawa : Ah, engkau tidak akan faham betapa besar nilainya sekeping kain itu kepada aku. Sekeping kain yang telah menjaga perilaku dan tutur kataku saban waktu. Sekeping kain yang menjadikan aku lebih jujur dengan diriku dan lebih telus dengan Tuhanku.

Dilema.

Kedua-duanya ada hak dan hak tersebut perlu ditunaikan.
Islam terbukti bijak meraikan kedua-dua hak tersebut. Baik di pihak mana pun, mereka tidak akan teraniaya dengan keadilan Islam.

Wahai pemuda, jika benar dirimu berhasrat melamar dan memiliknya, mampirlah bertemu kedua orang tua yang telah mendidik dan membesarkannya. Tataplah wajahnya sekira-kira mendatangkan keinginan kepadamu untuk menikahinya, namun bukanlah menatap itu tika kamu dan dia berdua-dua.

Wahai gadis yang suci, maruahmu tetap terpelihara. Singkaplah sekeping kain itu di hadapan si pemuda, bertemankan kedua-dua ibu dan bapa. Mereka pelindungmu di dunia, selagi dirimu belum bergelar isteri kepada mana-mana pemuda. Sudah tentu, tidak ada tempat yang lebih layak untukmu menyingkap sekeping kain tersebut melainkan di hadapan ibu dan bapa.

 

FITNAH

” Aku melihat bagaimana lemahnya iman mereka. Sekejap menutup wajah, sekejap membukanya untuk ditatap sesiapa sahaja. Ada juga yang memakainya sebelum kahwin, tetapi selepas kahwin membukanya pula. Ada yang pakai di luar negara, tetapi tidak pula selepas pulang ke Malaysia “
Bersangka baiklah.

 Ya.. sebaik-baik amalan adalah yang ikhlas dan berterusan (istiqomah). Tetapi sememangnya secebis kain ini bukan kewajipan.

Itukan hanya suatu amalan untuk melatih jiwa dan mendekatkan diri dengan Pencipta. Atas kerelaan. Bukanlah suatu kewajipan yang mesti untuk semua kaum hawa.

Sekeping kain itu juga adakala bertujuan mengelak fitnah dari mata-mata sang jejaka. Apatah lagi jika berada dalam suasana yang menggalak dan menyuburkan fitnah tersebut. Setiap diri si pemakai juga mereka memegang hukum yang berbeza pada pemakaian kain itu. Bergantung pada pegangannya.

Tetapi tika berada di sisi suaminya, ia berbeza.
Tika berada di sisi bapanya, ia berbeza.
Tika berada dalam khalayak ramai tanpa ditemani suami atau bapa, ia juga berbeza.

Apa yang pasti, ia tidak menghilangkan nilai agung pada sekeping kain yang menutup muka.
Nilai itu tetap terpelihara, meskipun dengan cara yang berbeza.
Justeru kenalilah terlebih dahulu sekeping kain tersebut sebelum mengenakannya di wajahmu yang mulia. Jangan sampai kain tersebut tidak lekang di muka namun di hatimu cuma menganggapnya sebagai sekeping kain biasa.

Memakainya, biarlah bernilai ibadah.
Memakainya, biarlah bernilai solehah.
Moga-moga mujahadahmu di dunia meraih Syurga yang tinggi di akhirat sana. Ia pasti – insyaAllah – kiranya dirimu benar-benar telus dengan Yang Maha Esa.

Secebis kain, seribu makna..
Moga sama-sama mengerti nilainya..

 Rujukan penuh: myilham.com, http://amirulasril.com


 Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Sunday, April 12, 2009

COUPLE : halal atau haram ?


BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah tirai pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?


CINTA, Fitrah Setiap Manusia,MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikanindah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).


Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda RasulullahSAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, makaALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orangberiman di syurga dengan bidadarinya.


Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)


ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu adabidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)


Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telahmengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat



ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.


1. Menundukkan pandangan:

dan memelihALLAH memerintahkan kaum lelaki untukmenundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.(an-Nuur: 30)Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya.
(an-Nuur: 31)


2. Menutup Aurat;

ALLAH berfirman dan janganlah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.(an-Nuur: 31)Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. DanALLAH adalah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. (an-Nuur: 59).


Perintah menutup aurat juga berlaku bagisemuajenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a.berkata:Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseoranglelaki memandang aurat lelaki, begitujuga denganwanita jangan melihat aurat wanita.


3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalianmeminta sesuatu kepada mereka (para wanita)maka mintalah dari balik hijab.(al-Ahzaab: 53).


4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis RiwayatBukhari & Muslim)Dari Jabir bin Samurah berkata;Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (HadisRiwayatAhmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).


5.Tidak Melunakkan Ucapan(Percakapan):

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.FirmanALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda)sehinggaberkeinginan orang yang ada penyakit didalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir IbnuKathir3/350)


6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata;Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis HasanRiwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAWtidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat(jual beli) dan lain-lainnya.


Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.(Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya.

Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara,sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis RiwayatBukhari,Muslim & Abu Daud)Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.(al-Isra: 32).




HUKUM BERCOUPLE

SETELAH memerhatikan ayat dan hadistadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram,kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadapkekasihnya.


2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.


3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau diluar rumah.


4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.


5.Bercouple identik dengan salingmenyentuh antara lelaki dan wanita,meskipun ituhanya berjabat tangan.


6.Orang yang bercouple, bolehdipastikan selalu membayangkan orang yangdicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebutadalahlumrah dilakukan, padahal satu hal sajacukupuntuk mengharamkannya, lalu apatah lagikesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?



Fatwa UlamaSyaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaiminditanyatentang hubungan cinta sebelum nikah.Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah,baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang,atau berdua-duaan.

SebagaimanaRasulullah SAWbersanda: Janganlah seorang lelakibedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.


Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrindi tanya;
Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan ituharam?


Jawab beliau;
Perbuatan itu tidak diperbolehkan,kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintaipenzinaanyang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.


Syaikh Jibrin juga ditanya;
Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikahmenelefon gadis yang juga
belum menikah?

Jawab beliau;
Tidak boleh berbicara denganwanita asing (bukan mahram) denganpembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,seperti rayuan, atau mendayukan suara (baikmelalui telefon atau lainnya).Sebagaimana firmanALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkansuara, sehingga berkeinginan orang-orangyangberpenyakit di dalam hatinya.(al-Ahzaab: 32).Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuahkeperluan, maka hal itu tidak mengapaapabilaselamat daripada fitnah, akan tetapihanya sekadarkeperluan.


Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari disiang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengandalil yangsangat rapuh, antaranya:
Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple ituharam, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat


Jawabnya:

Istilah bercouple berlandaskanIslamitu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa.Yang mana hal itu jelas haram.



Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan,perlu untuk mengenal terlebih dahulu calonv pasangan hidupnya, fizikal, karaktor,yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple,kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelummenikah akan jauh lebih ringan daripadakalauterjadi setelah menikah.

Jawabnya:
Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu ha lyang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan dikemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.


Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan.Sebagaimana diriwayatkan dari AbuDarda; Cintamu pada sesuatu membuatmu butadan tuli.



Fenomena CoupleDalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan.Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitikberatkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itutidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu.


NauzubillahWalaupun ana rasa kadang-kadang buat apa nak bincang tentang ni,tapi sebenarnya amat penting kerana couple dan pergaulanlah yang dah banyak merosakkan remaja & aNak muda di luar saNa pada masa kiNi. Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil.Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yangt telah terang haramnya di sisi ALLAH..


Rujukan: Beberapa web, blog dan buku.

Sunday, March 15, 2009

Doa buat Srikandi Islam ..



Ya Allah, izinkanlah aku berdoa untuk sahabat2ku kaum wanita..

Ya Allah..
Engkau telah anugerahkan limpahan kecantikan padanya, 

Maka jadikan keindahan hati dan akhlaknya melampaui kecantikan wajahnya

Engkau telah sentuh hatinya tuk menutup auratnya, 

Maka jadikan penutup auratnya memperindah cahaya aura taqwanya

Engkau telah indahkan senyumnya,

Maka, jadikan senyumnya selalu terkembang tuk menghiasi rumah tangganya

Engkau telah tanamkan ilmu dan kepintaran pada aqal budinya,

Maka, jadikan aqal nya meninggikan derajatnya

Engkau telah memberikan kekerasan hati padanya,

Maka, jadikan kekerasan hatinya menjadi keteguhan tekad dan ketegaran bagi mimpinya, namunsisihkan kelembutan tuk mendidik anaknya dan menjaga keluarganya

Engkau telah tanamkan iman dan taqwa ke dalam hatinya,

Maka jadikan keimanan dan ketaqwaan yang istiqomah menjadi jiwa kecantikannya

Jadikanlah jiwa raga dan kalbunya menjadi wanita solehah..
Sandingkan lelaki soleh menjadi suaminya..
Tanamkan jiwa pejuang sejati dalam rahimnya..
Jadikanlah keluarganya menjadi keluarga Sakinah Mawaddah Warrahmah..
Jadikanlah akhir hidupnya kembali padaMU dengan khusnull khotimah ..

Amin ..

Thursday, March 12, 2009

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.- Wajib menutup aurat- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa- Berbuat baik kepada ibu & bapa- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa- Bersikap baik terhadap tetangga.

2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami- Sentiasa menyenangkan suami- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah- Tidak bermasam muka di hadapan suami- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur- Tidak keluar tanpa izin suami- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga


FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”