Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Wednesday, June 22, 2011

Dia pernah memujiku

Minggu lalu aku telah menerima khabar yang menyedihkan. Seorang pendidik yang aku segani suatu ketika dahulu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya dia adalah guru aku ketika berada di tingkatan satu. Mengajar subjek yang aku gemari, bahasa Arab dan Al-Quran (hafazan & tilawah).

Sememangnya beliau merupakan seorang guru yang amat digeruni ketika itu dek kerana kegarangan dan ketegasan beliau. Rotan sentiasa berada di sisinya ke mana-mana sahaja kerana beliau juga guru disiplin. Jadi jangan cuba-cuba cari pasal, nanti kenalah padahnya. Ramai yang dah kena penagannnya tu.

Satu perkara yang tak dapat aku lupakan hingga kini ialah pujiannnya pada aku. Ketika itu di dalam kelas Al-Quran. Apabila selesai saja aku mendengarkan bacaan aku beliau memandangku dan mengukirkan senyuman. Aku mula kehairanan. Terus beliau berkata “ Sedap suara enti, bacaan enti lancar dan bagus “, ujarnya dengan nada memuji. Aku terus senyum tersipu-sipu malu. Tak sangka ustaz yang garang ni, senyum kat aku dan puji aku. Pujian itu di depan umum, itulah yang membuatkan aku rasa segan.


Selepas itu pujian yang sama beliau lemparkan dalam kelas-kelas yang seterusnya, tetapi kali ini secara personal depan aku saja. Beliau tahu aku segan.. Segala kelebihan adalah datangnya dari Allah yang maha kuasa bukan kebanggaan manusia. Bukanlah niat aku ingin 'angkat bakul' tetapi sekadar berkongsi kenangan manis aku. Manusia mempunyai banyak pandangan pada kita, tetapi pandangan Allah itu yang lebih utama. Terima kasih kepada ustaz atas pandangan dan pujian tersebut.

Sungguh, aku rindu pada raut wajahnya, suaranya, dan rotannya. Ustaz Zaki dalam kenangan. Aku tidak berkesempatan melawatnya di hospital ketika beliau sakit. Sekadar aku mendengar khabar sahaja dari teman-teman yang telah melawat. Tiada yang mampu halang apabila takdir Allah mengatasi segalanya.

Jasa seorang pendidik sepertimu amat bernilai. Segala ilmu, tunjuk ajar, serta tegurannya amat aku hargai. Tentu sekali ada kesan positif pada diriku atas semua jasanya itu. Takziah buat arwah Ustaz Zaki bin Mokhtar.
Wassalam.

*p/s:Dunia ini hanya persinggahan sementara bagi semua manusia. Padanya kita datang, kepadanya kita kembali*

 Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..


No comments:

Post a Comment

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”