Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sunday, September 27, 2009

Impak maksima Edulfitri..


Assalamualaikum W.B.T.. 
Salam Eid Mubarak ana ucapkan. saya memohon maaf kepada kalian di atas salah dan silap diri.

Lambat pulak saya ucap raya. Dah raya keberapa da ni. Moga Aidilfitri ini mendekatkan lagi diri kita pada Allah S.W.T.
Saya nak "share" sikitdari satu ceramah kat TV baru-baru ni tentang Aidilfitri. Saya rasa mungkin kalian pun ada menonton juga. Saya seronok sangat dengar forum ni dari awal sampai habis. 

Sebabnya saya mula terfikir dari kecil sampai sekarang ni saya sambut Raya. So,kita mesti tau kenapa? mengapa? utk siapa? hari kemenangan ini.



Mari kita lihat kata ustaz2 dari forum tu..

Hari Raya, Edulfitri tidak ada bagi mereka yang berpuasa tapi masih bergelumang dengan maksiat, sama ada yang zahir mahupun yang batin. Tidaklah ada hari raya bagi mereka yang berpuasa cukup sebulan, tetapi solat fardhu lima waktu sehari semalam ditinggalkan. Sedangkan meninggalkan solat fardhu adalah berdosa besar.Biasalah.. masa puasa syaitan diikat,bila tiba Raya, syaitan dah dibebaskan.Kita semua bukan sedih tapi,masing-masing menyambut kebebasan syaitan.Macam nak menyambut je musuh kita ni. Mana xnya,terlalu banyak hiburan yang melalaikan,pergaulan bebas,pembaziran,pakaian yang menjolok mata & macam2 lah.Tiada kemenangan, malah habis semua amalan di bulan Ramadhan sia-sia.


Pada suatu hari raya, Khalifah ‘Ali bin Abi Talib r.a didatangi seorang tetamu. Baginda ketika itu sedang makan sejenis roti yang dianggap oleh orang ramai sangat tidak bermutu dan hanya layak menjadi makanan bagi golongan fakir sahaja. Tetamu itu berasa takjub, lalu menegurnya dengan berkata, ”Hari ini adalah hari raya, mengapakah tuan makan roti ini?”. Baginda pun menjawab, “Hari raya adalah untuk orang yang puasanya diterima, perjalanan hidupnya direstui dan dosanya diampunkan. Memang hari ini adalah hari raya untuk kita. Setiap hari di mana kita tidak melakukan maksiat, maka hari itu adalah hari raya untuk kita”.

Ucapan Khalifah Ali itu memberikan gambaran yang jelas bahawa hari raya hanyalah untuk orang yang bertaqwa saja. Fakta ini memang selaras dengan motif ibadah puasa iaitu untuk mendapatkan sifat taqwa.Orang yang berjaya mencapai sifat taqwa menerusi puasa ialah orang yang mengerjakan puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh berbuat baik dan menjauhkan kejahatan zahir dan batin. Menghidupkan malam-malamnya dengan munajat pada Allah untuk meraih Cinta Agungnya.


Kita dapat dapat faham dengan jelas kan bahawa hari raya atau Yaum al-e'id tidaklah ada untuk orang yang tidak mencapai sifat taqwa dalam bulan Ramadhan. Hari ini sepatutnya kita banyakkan memuji Allah,memanjatkan kesyukuran. Bukan mengadap TV dengan hidangan siaran yang melaghakan.


Berkata Anas bin Malik, “Orang yang beriman mempunyai lima hari raya; Pertama, setiap hari yang dilalui itu tidak ditulis di atasnya dosa, Kedua, hari ia lahir kedunia ini dengan membawa iman, Ketiga, hari dia berjaya menempuh siratulmustaqim, aman daripada huru-hara qiamat, lepas daripada tangan permusuhan dan malaikat Zabaniah, Keempat, hari dia masuk ke dalam syurga dan aman daripada neraka Jahim dan Kelima, hari dia dapat melihat Tuhannya”.


Bukanlah hari raya namanya, jika hanya ada unsur gembira dan sukaria semata-mata, tanpa taqwa. Sebab itulah Rasullullah s.a.w bersabda, "Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya”. Fahamlah bertemu tuhan dalam keadaan fitrah, barulah namanya Edulfitri. Kita kembali kepada fitrah. Jelaslah bahawa orang yang tidak bertaqwa tidak ada bahagiannya pada hari raya. Sekalipun mereka kelihatan lebih gembira, lebih bergaya dengan pakaian baru yang lip lap warnanya, makanan yang lazat serta kelihatan hebat. Malah kegembiraan mereka seperti menjauhkan diri daripada rahmat dan nikmat Allah.

........",
Sahabat-sahabat sekalian
Bagaimana? Itulah antara yang saya dapat "share" bersama kalian.Banyak manfaatnya.. Jadi? Impak Maksima Raya ialah hasil dari amalan di bulan Ramadhan.
Wassalam.

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan tetap di hati !

Salam Akhir Ramadhan ana ucapkan kepada muslimin & muslimat yang dikasihi Allah sekalian.Tak sampai hati rasanya nak ucap Hari Raya. Belum puas rasanya dapat menikmati bulan penuh barakah dan penuh dengan keampunan ini. Sekejap saja masa berlalu meninggalkan kita. Terfikir adakah ana dah rebut segala peluang yang ada pada bulan ini? Hanya tuhan yang tahu. Bulan yang istimewa kerana turunnya Al-Quran. Bulan keberkatan,maghfirah & keampunan.Dibebaskan dari api neraka.
Peluang yang hanya datang sekali setahun. Sedih.. sedih rasanya bulan Ramadhan dah nak pergi. 

Adakah benar2 Eidulfitri hari kemenangan bagi kita.Kemenangan dalam sesi tarbiyah pada diri dari tabiat yang kurang baik kepada yang lebih baik,& kemenangan dari pengampunan dosa-dosa lalu.Hanya tuhan yang tahu di mana tahap kita.Rasulullah pun berjuang dalam bulan Ramadhan dengan Qiamullail sebagai tanda syukur baginda pada Allah,apatah lagi kita ni yang serba kekurangan. Mari sama-sama kita bersegera dalam bertaubat,& jangan membuat sesuatu amalan seperti “melepaskan batuk di tangga saja”. Lailatulqadar akan dimiliki bagi hamba yang usaha,istiqamah dan mahukannya dengan ikhlas sahaja. Adakah kita? Mungkin ye..mungkin ye..Tepuk dada Tanya iman.

Ayuh Bangkit Bersama Islam..

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”