Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Monday, May 24, 2010

Peguam Syar'ie non-muslim ???


Saya bukan seorang penganalisis untuk mengetahui tujuan orang ini[1] hendak menjadi peguam syarie sehinggakan dia berani mencabar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi membenarkannya untuk menjadi peguam syarie.


Saya agak skeptikal dengan hal ini. Maklumlah, beria-ia seorang yang non-Muslim hendak menjadi peguam syarie, padahal dia semestinya tahu benar yang peguam syarie akan berhujah dengan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w, padahal pegangan rasmi agama dia sendiri bukan Islam.

Apa tujuannya itu ? Adakah dia akan menjadi sama seperti Ibnu Salul (Abdullah ibnu Ubayy) yang beria-ia menyambut kedatangan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah Al-Munawwarah padahal dirinya benci sekali dengan Nabi Muhammad s.a.w (munafik) ?

Itu yang kita risaukan, meskipun kita tahu benar akan ada penafian.

Oh ya, Persatuan Peguam Syarie teramat risau akan perkara ini. Emm...inilah padahnya kalau mahkamah sivil yang menjadi kepala dalam penghakiman bagi sebuah pemerintahan yang dikepalai oleh seorang Islam.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Sivil semalam yang memberi kebenaran kepada seorang wanita bukan Islam dalam usaha awalnya menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan.


Timbalan Presidennya, Musa Awang berkata, Pgsm akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan martabat Mahkamah Syariah dipertahankan berikutan keputusan itu.

Pihaknya memandang serius perkara itu kerana mengikut Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan, hanya warganegara beragama Islam yang layak memohon dan menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah.

"Bertugas di Mahkamah Syariah memerlukan peguam berhujah dengan mengemukakan dalil al-Quran, hadis dan hukum syarak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. [2]


Haha, di sini sudah nampak ada udang di sebalik batu...:

Victoria, who obtained a Diploma in Syariah Law and Practice (DSLP) in 2004 from the International Islamic University Malaysia, had sought legal action at the Civil court after her application to be admitted as a syarie lawyer was rejected by the Religious Council through the syarie lawyer committee.

Speaking to the reporters later, Victoria, who was happy with today's outcome, said she wanted to be a syarie lawyer in the interest of justice. [3]


Sudah banyak lagi undang-undang yang berkaitan dengan Islam hendak dicabul oleh oleh non-Muslim, dengan cara-cara yang 'agak berhemah tinggi' iaitu dengan mencabarnya di mahkamah sivil. Ya, mahkamah sivil adalah tempat terbaik untuk undang-undang Islam dicabar oleh non-Muslim, dan orang Islam di sini kebanyakannya tidak tahu. Yang mereka tahu nak maki-hamun di Facebook dan buat ugutan bunuh, carut dan sebagainya.

Mereka terus-menerus hendak mencabar kita, kerana kita semakin lemah, dan 1Malaysia itu sedikit sebanyak membantu juga, di mana semua bangsa diberi hak yang sama rata. Makanya, dari sudut keagamaan juga mereka hendak hak yang sama. Siapa tahu satu hari nanti perlembagaan berkenaan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dibubar...hanya kerana hendak mencari kesamarataan.

Rujukan :

[1] Victoria jayaseele Martin, http://malaysiatop1000.com/portal/category/tags/victoria-jayaseele-martin

[2] PGSM terkejut keputusan mahkamah, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

[3] Non- Muslim Lawyer Gets Leave In Bid To Be Syarie Lawyer In KL, http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=498208


*UPDATE:


KUALA LUMPUR 19 Mei - Peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, syarat tersebut termaktub dalam peraturan dan enakmen Mahkamah Syariah.

Menurutnya, rasional ditetapkan Islam sebagai asas untuk menjadi peguam syarie bukan sahaja disebabkan penggunaan dalil dan ayat-ayat al-Quran oleh peguam ketika di mahkamah.
Sebaliknya, jelas beliau, banyak lagi sebab lain berkaitan agama yang memerlukan peguam syarie beragama Islam untuk mengendalikan kes-kes di mahkamah.

''Kita tidak menghalang, cuma, ada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk seseorang itu menjadi peguam syarie.

''Mereka ini mesti beragama Islam. Ini bukan boleh buat suka-suka. Kita bercakap soal peraturan,'' katanya ketika ditemui selepas meninjau Masjid Negara yang akan dibaik pulih, di sini hari ini.

Turut sama ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Jamil Khir mengulas mengenai seorang wanita yang bukan beragama Islam memperoleh kebenaran dari Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur Jumaat lepas dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan.

Hakim, Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.

Victoria, 48, diberi tempoh 14 hari untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman tersebut. Tarikh bagi pendengaran kes itu masih belum ditetapkan.

Victoria yang memperoleh diploma dalam Undang-Undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, pihaknya tidak mengetahui agenda di sebalik permohonan itu, namun, ia secara jelas tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

''Sama ada kita setuju atau tidak, peraturan (syarat) ini tidak dipatuhi. Kalau tidak dipatuhi, bagaimana kita hendak setuju,'' ujarnya.

Mengenai tindakan Victoria yang akan mencabar keputusan hanya peguam beragama Islam boleh menjadi peguam syarie di mahkamah, Jamil Khir berkata, pihaknya bersedia untuk berdepan dengan tuntutan itu.

Rujukan :

Peguam Syarie Mesti Beragama Islam, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Alam maya menggugat..


Baru-baru ini saya menemui seorang sahabat. Dia berkongsi dan luah dengan saya tentang suatu perkara. Saya ceritakan semula kata-katanya..

"Aku jarang-jarang online atau masuk alam maya ni. Jika aku masuk memang macam-macam aku cari,berita,mengkaji sikit-sikit dan sebagainya.Tapi tak tahulah baru-baru ni aku buka 'facebook' aku rasa sedih dan kecewa melihat bermacam-macam gelagat anak muda kat dalam tu.

Paparan gambar masing-masing yang menjolok mata terlalu banyak.Terutama buat perempuan yang tak segan letak gambar sendiri dengan macam-macam gaya dan aksi yang.....?? EMM.. yang berniqab pun apa kurangnya.Walaupun aku juga berniqab, aku  mendapat pelajaran dari pengalamanku. Aku sendiri pernah meletakkan gambar aku besar-besar di alam maya. Ketika itu tak fikir baik dan buruknya. Mujur ada yang akan mengingatkan aku. Tapi aku akui ramai yang tak tahu, terlupa, atau terleka.

Wanita menjadi fitnah,di mana-mana sahaja. Walaupun di alam maya. Jadi kita wanita, mestilah pelihara pandangan kaum lelaki. Jangan disebabkan kita, mereka mendapat dosa. Bukan kita menggalakkan & membawa mereka terjerumus pada dosa serta maksiat .Penggunaan bahasa-bahasa perbualan antara rijal dan nisa' juga boleh menjadi fitnah. Kita kadang-kadang lupa pada adab-adab dan garis panduan pergaulan dalam Islam. Srikandi-srikandi dan mujahid-mujahid Islam ni , mai la kita berbalik pada landasan yang sebenar. Jom kita try buka surah Al-Ahzab,An-Nur.Cari....

Aku paling sedih lagi bila melihat sahabat-sahabat rapat aku yang buat. Itulah sebenarnya tugas kita untuk menegur. Nak menghukum terus pun tak boleh.Saling nasihat-menasihati. Mungkin mereka tak tahu atau terlupa..


Tahu-tahu sajalah orang yang melayari internet ni bermacam-macam orang.Ada yang imannya rendah dan lemah. Ada juga yang jiwanya sakit, penuh dengan bintik-bintik hitam.Sekalipun iman seseorang teguh, tinggi tahapnya, dalam alam maya jika tidak menjaga, kita pasti kecundang juga akhirnya. Dengan gambar dan macam-macam yang terpapar dan disediakan.Seboleh-bolehnya janganlah kita letak gambar kita sendiri. Apatah lagi jika besar dan dapat dilihat sebutir-sebutir jerawat. Elakkanlah.AWAS! Sama-sama kita jaga diri kita.

Guna alam maya macam lain-lain tu pun jangan berjam-jam sampai tinggal kewajipan pada Allah. Kita gunakan untuk maslahah umum kan. Jika mudharat dah banyak sangat pada diri sampai lupa kewajipan, tinggalkanlah atau pandai-pandailah kawal. Kita tinggalkan apa-apa yang tak beri manfaat buat diri kita.

Yahudi dan musuh-musuh Islam ada bersama memusnahkan ummat Islam di alam maya ni jugak. Kebanyakannya mereka yang cipta benda-benda dalam alam maya or alam siber ni.
Janganlah kita leka,lupa pada Allah walau sesaat. Ingatan bersama lah ni kan ".

Inilah perkongsian dari sahabat saya tu, yang menjentik hati saya. Bermanfaat buat saya. Moga memberi manfaat buat kalian juga. Saya sempat juga mencelah sikit-sikit sebagai tanda respon.
Baiklah. Jumpa lagi.


 Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”