Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Tuesday, January 24, 2012

Parti diketuai Ikhwan Muslimin menang besar PRU Mesir



KAHERAH - Ikhwan Muslimin Mesir, pertubuhan politik paling tersusun di negara itu, memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum bebas pertama, sekali gus memberikannya peranan besar dan kedudukan kukuh untuk merangk perlembagaan baru.Parti Salafist Nour berada di tempat kedua.

Ikhwan Muslimin yang diharamkan ketika kepimpinan bekas Presiden Hosni Mubarak muncul pemenang dalam pilihan raya umum Parlimen. Ia memperoleh dua pertiga kerusi sebagaimana diramalkan sebelum ini.Parti Kebebasan dan Keadilan diterajui Ikhwan Muslimin memberi jaminan kepada kesemua rakyat Mesir bahawa setiap orang akan ada suara di Parlimen.

Di bawah sistem pilihan raya yang kompleks, dua pertiga atau 332 kerusi di dewan rendah ditentukan menerusi perwakilan berkadar, berdasarkan parti-parti bertanding. Baki satu pertiga ditandingi orang perseorangan.

Berdasarkan keputusan akhir diumumkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya semalam.Rakyat Mesir telah membuang undi dalam tiga peringkat sepanjang enam minggu lalu untuk memilih 498 wakil rakyat.Seramai 10 lagi akan dilantik oleh pihak tentera yang memerintah.
..............................................

p/s:
- Alhamdulillah, Ikhwan Muslimin pilihan rakyat Mesir. Mereka sudah berwajah baru. Rakyat sudah bijak memilih. Perubahan ini tidak berlaku sekelip mata, pastinya atas perjuangan dan usaha rakyat yang sedar demi agama, bangsa dan Negara.
- Rakyat Malaysia apa lagi? tak usahlah bertangguh lagi. Islam tak perlukan kita, tapi kita sangat perlukan Islam. Perubahan di tangan kita, perjuangan tanpa henti demi menegakkan agama tercinta. Kita sendiri boleh nilai, yang hak tetap hak, kebathilan itu tetap bathil.
Rujukan Sepenuhnya:
Wartawan Sinar Harian
January 22, 2012


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Monday, January 16, 2012

Angin Syita'





Awal bulan 9 sampai Urdun..
Sekarang, dah habis imtihan nihaie(final exam)..
Sepantas kilat masa berlalu..
Kejap gelak, kejap lagi senyap, kejap lagi makan, sat lagi tidoq, pastu baca al-Quran, sat lagi makan lagi.. (maklumlah syita’). Itulah suasana di masa minggu exam di sini, macam-macam fi’il. Hidup ni ibarat roda, tak kesah lah roda basikal, roda kereta, roda impian, sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Islam juga begitu, pernah berada di puncak, dan satu masa jatuh, di tempat yang paling bawah. 

Samada berada di tahap manapun, usaha, usaha, dan usaha. Allah melihat pada usaha, bukan pada hasilnya. Matlamat mesti ada, target mesti diletakkan, strategi perlu disusun. Bagaimana Rasulullah S.AW melawan musuh dalam perang Khandaq? Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh nak menakluk kota Konstantinopel? Bagaimana kita nak menukar tampuk pimpinan Malaysia? Dengan perancangan dan strategi, & usaha..usaha..usaha.. Jika tetap gagal, salah siapa? Di sinilah adanya konsep tawakkal & tidak berputus asa. " فتوكل على الله ". Allah belum nak beri pada kita kejayaan dan itulah yang terbaik buat kita ketika itu. Hamba seperti kita tak mampu mengubah, when Allah says YES, no one can say NO.



Macam lagu hijaz; "Hidup tak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam”. Walaupun ujian datang sekencang angin musim syita’, maka itulah lukisan alam, itulah lumrah hidup. Mungkin ada orang didatangkan ribut taufan, lebih berat lagi dari kita...

saat kejayaan ditagih, usaha i2 m'jadi taruhan,
saat kejayaan diharapkn, konsentrasi i2 m'jadi ukuran,
saat kejayaan diimpikan, angan2 i2 m'jadi perangsang,
saat kejayaan didambakan, padanya saja disandarkan segalanya.

p/s:
-Bg yg xtau Syita' maksudnya musim sejuk.
-Semoga berjaya semua ;)


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Thursday, January 12, 2012

Khabar dari Jordan (2)

Oh! Tanah gersang.. Oh! Padang pasir..



Dari kucupan terakhirku buat umi dan abah, lambaian terakhir dari mereka, semuanya masih segar di ingatan. Terkapai-kapai umi dan abah serta adik-adikku, di celahan ibu bapa rakan-rakan yang lain untuk melihat kelibat aku memasuki kawasan 'check in' . Aku ni mahu terbang jauh. Excited pun ada. Tapi... hati masih bernada sedih. Bukan mahu ke Kelantan, mahupun ke Sabah. Bukan juga ke Thailand. Tetapi aku akan ke Jordan.

Perjalananku sangat 'extrem', mengundang mabuk pada diri, dari awal penerbangan, transit di Dhoha, hingga tibanya di Jordan. Menahan...menahan...dari muntah. Sudah tiba... Oh! tanah gersang. Setelah itu, berjam-jam menunggu kedatangan bas yang dipanggil 'coaster'. Cabaran pertama bersama Arab Jordan. Naik turun 'coaster' berkali-kali, sambil mengangkut beg bagasi. Bukan aku yang angkat. Golongan lelaki-lelaki yang angkat. Aku budak mentah yang masih tak mengerti. Ikut saja kata seniour. Katanya tadi ada problem skit dengan Arab ni.

Maka mulalah perjalanan menuju ke Mu'tah. Tempat aku bakal hidup dan belajar. Permulaannya melalui kawasan bandar, kemudian sepanjang perjalanan dihiasi pemandangan padang pasir yang luas. Oh! padang pasir. Terkesima... Berkata-kata hatiku, "Cantik juga ya". Aku tersenyum sendiri. Aku asyik melihat pemandangan di luar ditemani angin yang nyaman. Seniour-seiour pula ringan mulut, bercerita serba sedikit berkaitan Jordan. Setelah setengah jam perjalanan, letih dan mengantuk semakin terasa.

Pekan?? Akhirnya sampai. Sempat juga lelapkan mata. Hampir 2 jam perjalanan. Pen-pen!! Pon-pon!! Bunyi hon bertali arus. Dup dap..dup dap.. tiba-tiba aku berdebar. "Tak da apa dik, kat sini memang macam ni, hon-hon ni biasa", kata kak Murni dan kak Nawar. Merekalah seniour yang sambut aku dan rakan-rakan JAIS Mu'tah dari airport tadi. Coaster berhenti betul-betul di hadapan rumah persatuan. Sudah kelihatan beberapa orang pelajar melayu berlegar-legar di kawasan ini. Beberapa orang seniour sedang menunggu di bawah bangunan rumah persatuan yang dikelilingi kedai.

Kami turun dari coaster dan disuruh naik terus ke rumah persatuan. Beg dan barang-barang ditinggalkan saja. Seniour-seniour akan uruskan. Sungguh!!! rasa terharu. Baiknya kawan-kawan kat sini. Sempat aku beramah mesra dengan seniour yang ada di rumah persatuan yang dipanggil PUSKMA(Pusat Khidmat Mahasiswa Mu'tah). Setelah menjamu selera dan solat, ada sedikit taklimat. OK! fine.. mata makin layu. 

Ohhh.... baru tahu. Rupa-rupanya kami rombongan pelajar yang pertama tiba pada sesi ni. Paling awal rupanya. 5 orang saja pelajar under tajaan JAIS yang ke mantiqah Mu'tah ni. Mantiqah Mafraq paling ramai. Kata seniour, malam ni akan sampai ketibaan kedua rombongan pelajar , iaitu dari Perak. Tak sabar rasanya nak jumpa dengan kawan-kawan lain yang bakal tiba. Wait and see.

Bersambung..


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”