Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Wednesday, August 14, 2013

Anugerah yang pasti dirndui..




Menyambut kedatangannya,
mengundang seribu keriangan
Merasai kehadirannya,
menggamit ketenteraman jiwa

Ramadhan,
melakar sesuatu yang bermakna buat diri  
Tersingkap hikmah yang tersembunyi
dicelahan ujian yang hadir bertubi-tubi..

Ku bisikkan rasa syukur padamu Ilahi
tetamu mulia ini mengundang sejuta erti..
satu anugerah yang pasti dirindui.. 

Semakin ia mahu pergi
semakin diri tamak mahu menggali
 segala mutiara yang tersirat padanya..

Duhai Ilahi...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami  
jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, paling berseri  
menerangi kegelapan hati kami 
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu

Duhai Ilahi... 
Ampunilah dosa-dosa kami
hamba-hambamu menagih keampunan darimu 
terimalah amalan kami
kembalikan kami kepada fitrah insani..

Duhai Ilahi..
Walau Ramadhan telah pergi
bajailah jiwa kami dengan roh mujahadah
istiqomahkan kami menjejaki cintaMu..
 ~Anggaplah ini Ramadhan terakhir kita~


NSM
Mu'tah

Nukilan pada 28 Ramadhan, 
Pos di blog pada 8 Syawal 
1434H. 
(2013)

Sentiasa rindu pada Ramadhan..
Kullu 'am wa'antum bikhair.
Salam Aidilfitri. Mohon maaf salah dan silap.

Tahun ini pengalaman kedua berpuasa dan raya eidulfitri di bumi syam Jordan. Ramadhan di bumi syam amat berharga..




Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Friday, August 2, 2013

Makaroni Goreng

 


Assalamualaikum w.b.t 
Hari ini saya rasa nak berkongsi masakan simple ni, khas di bulan Ramadhan. Saya selalu je masak makaroni. Bulan puasa ni nak masak untuk sahur bersama ahli rumah, tapi untuk sahur ni buat simple ja, macam masak mee goreng. 

Kalau Resepi di bawah ni untuk yang nak masak special skit..

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 250gm makaroni (lebih kurang)
  • 3 biji bawang putih -cincang
  • 1/2 biji bawang besar -didadu
  • 2 sosej
  • 1 cawan isi ayam -potong kecil-kecil
  • 1 sudu kecil cili giling
  • 1 sudu kecil tomato puri
  • Suku cawan air panas
  • herba basil, herba bolognaise, lada hitam, stok ayam, garam/gula -secukupnya.
  • 3 keping keju (tak nak letak pun xpa)
  • 6 biji cendawan. (potong sederhana)
  • Resepi boleh saja diubah-ubah ikut kesesuaian.
Cara-cara
  1. mula-mula sekali sediakan makaroni (lebih kurang 250gm).
  2. panaskan sedikit minyak untuk menumis. dah cukup panas masukkan isi ayam, cendawan serta sosej yang dipotong ikut kesesuaian. Tunggu sampai ayam agak kecut dan masak kemudian masukkan bawang putih (3 biji) cincang dan bawang besar (1/2 biji) yang dipotong dadu. kemudiannya, ketepikan.
  3.   Masukkan cili giling (1 sudu kecil) dan tomato puri (2 sudu kecil) sampai naik bau dan masak. masukkan semula bahan ayam udang dan sosej yang diketepikan tadi. gaul rata. tambah air panas sedikit (suku cawan) dan biarkan mereneh atas api kecil. tambahkan herba basil, lada hitam, stok ayam, garam dan perasa secukupnya.
  4. akhir sekali masukkan semua makaroni yang telah dimasak lebih dahulu bersama-sama keju cheddar (3 keping) dan herba bolognaise (1 sudu kecil). kacau hingga sebati. 
  5. kalau agak pedas, bolehlah diseimbangkan rasanya dengan menambah sedikit gula. Siap untuk dihidangkan.   

Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Wednesday, April 3, 2013

Owsem! di medan sukan...


Inilah pengalaman pertama bermain futsall. Main pertandingan terus.. Di Jordan pun boleh main futsall tau. Masa di Malaysia pun belum pernah berpeluang main futsall begini. Main sepak-sepak bola secara kampung saja ada lah sikit-sikit.

Peluang yang cukup berharga. Terasa manisnya bermain apabila ukhuwah dapat disimpul erat sesama kami. Apatah lagi  bacth yang kami wakili, bacth tahun 2, REONIS, dapat menjadi juara Liga Futsall Helwanis(akhowat) ini. Alhamdulillah. Rezeki… Persaingan sangat sengit pada perlawanan final ketika bertemu dengan bacth INSPIRE tahun 1 hingga membawa kepada sepakan penalti. Kami menang  pada sepakan penalti sebagai penentuan kejuaraan.

Bermain ‘game’ secara berkumpulan dalam sukan ini, perkara yang penting adalah strategi & semangat kerjasama berpasukan yang mantap, samada sukan bola jaring, bola sepak, sepak takraw, ping-pong dan badminton. Satu kumpulan mesti sepakat. Macam dalam perang. Jika tak bersatu, pasti susah nak tumbangkan musuh. Buat yang terbaik. Menang atau kalah serahkan pada-Nya. Banyak perkara kita boleh dapat dengan bersukan. Bersukan kerana Allah. Cukup indah.

                                       (Bergambar after main. Dah sopan2)


Pernah persoalan ditimbulkan oleh seorang kawanku yang tak minat sukan, soalnya "Kenapa bersukan ni ‘best’? Apa yang istimewa sangat bersukan ni ha??
 
Percaya atau tidak, sukan adalah salah satu mekanisme tarbiah dan dakwah. Dalam muasafat tarbiah, antara ciri-ciri utama dalam proses pembinaan diri seorang muslim yang disusun oleh Imam Hassan al-Banna, beliau merangkumkan soal kekuatan tubuh badan ‘Qowiyul Jismi’. Antara yang dinyatakan dalam unsur ‘Qowiyul Jismi’ ini ialah bersih tubuh badan mahupun pakaian, bersih tempat tinggal, menjaga adab makan dan minum sesuai dengan sunnah, komitmen dengan sukan(menjaga kesihatan tubuh badan), bangun pagi sebelum subuh dan melaksanakan cara hidup yang sihat dalam semua aspek. Penting kan, jadi orang muslim yang kuat tubuh badan?


Sukan juga sebenarnya merupakan wasilah terbaik untuk berdakwah. Juga tempat menjalinkan ukhuwah Islamiyyah. Malangnya, ramai juga yang mengakui dirinya pendakwah, tetapi memandang enteng apabila dakwah dikaitkan dengan sukan. Bahkan, bila diajak turun bersama untuk bersukan, ramailah yang menggeleng. Mereka rasa diri mereka hanya sesuai untuk pergi ke masjid, majlis-majlis ilmu dan usrah. Antara alasan yang timbul ialah mereka tak reti bersukan dan sibuk dengan hal-hal lain. 

Tak perlu takut bersukan! Tak semestinya orang yang turun bersukan semuanya pandai bersukan. Jika jadi penyokong dan penonton pun dah memadai. Jika kita lihat kembali sejarah hebat perjuangan Hasan Al-Banna...bagaimana beliau terjun mencari mad'u hingga ke kelab-kelab malam. Adakah beliau seorang yang pandai menyanyi atau bergelek?? 






Sukan adalah medan yang luas untuk berdakwah. Di sana terdapat ramai manusia yang memerlukan kita, menyampaikan kebaikan. Terjunlah ke dalam masyarakat tidak kira siapa mereka. Tak perlu pun berdakwah secara radikal. Tetapi, mestilah menggunakan uslub yang sesuai di medannya. Cukuplah   dakwah bil hal pada permulaan. Hanya tunjukkan contoh yang baik seperti berhenti pada waktu solat, memakai pakaian yang menutup aurat, tidak memaki hamun, elakkan pergaduhan dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Cukup mudah kan? tapi sebenarnya kita dah pun berdakwah. Bagi golongan lelaki pula, perlu juga mengetahui serba sedikit tentang info sukan kerana ia merupakan advantage untuk tackle mad'u yang gila sukan.


Kita boleh menjadikan bekas pemain hoki kebangsaan, Nor Saiful Zaini dan Nor Azlan Bakar sebagai contoh terbaik. Pernah aku tonton mereka main hoki di TV masa kecik-kecik skit dulu. Handal pun handal. Walaupun mereka berdua merupakan antara flicker dan pertahanan terbaik dalam arena hoki antarabangsa, mereka tetap mengekalkan ciri-ciri seorang Muslim pada diri mereka. Mereka sentiasa menutup aurat dalam apa jua kejohanan yang mereka sertai, malah mengekalkan imej berjanggut yang agak sinonim dengan Islam. Tak perlu sampai berjanggut pun, sekadar tutup aurat dan mematuhi syariat Islam dalam bersukan. Secara tak langsung dapat dakwah bil hal. 'Simple' jer.

Jika cukup gagah, melangkah lah lebih jauh lagi selepas itu dengan menggunakan 'uslub' yang lain. Tafadhol.. Seperkara lagi tak dilupakan, wanita pun boleh saja bersukan. Tak pernah dilarang pun. Tapi yang penting tutup aurat. Islam adalah agama yang mudah dan fleksibel (murunah). 


Moga-moga sukan futsall terus berkembang dalam kalangan HELWANIS(pelajar perempuan) di Mu'tah ni. Selepas ini kami pelajar Jordan ada sukan se-Jordan pula. Berentap di medan untuk KARISMA(sukan se-Jordan) pula. Mesti training atlet-atlet Mu'tah ni ya. Mu'tah2!!

"Al-aqlu saleem fi jismi saleem".  Jom bersukan!


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”