Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Thursday, September 9, 2010

SaLam KemenangaN ",


Salam kawan2 kenalanku semua.Salam syawal to all my friends.
Maaf di atas segala kekurangan serta kesilapan diri selama ni.
Jika ada berhutang bagi tau ye..

Moga Ramadhan yang berlalu memberi maghfirah kepada dosa2 kita yang lalu.Berat hati nak berpisah dengan bulan mulia ni..pe pn tetap akn berlalu..
Eid Mubarak..
;)

Wednesday, September 8, 2010

Aku merinduimu

Sungguh aku merasa sebak pada hari ini.Kenapa harus aku merasa begini? Aku tidak mahu berpisah denganmu.Aku akan sentiasa merinduimu.Ya Ramadhan,aku tahu engkau tetap akan meninggalkan aku..Itu sangat pasti.Malam tadi adalah malam terakhir solat Terawih bulan Ramadhan pada tahun ini..Nikmatnya bulan ini, hanya ummat Islam saja yang merasainya.Cuma yang menjadi kebimbangan ialah samada dosa kita semua terampun atau tidak..samada amalan kita di bulan ini sudah cukup, berkualiti,mantap dan istiqomah atau tidak.Adakah kita bener-benar menghargai peluang yang diberikan di bulan ini.(muhasabah).

Aku selalu berpesan pada diri sendidri,usah terlalu gembira ingin menyambut syawal.Ikutlah seperti aRasulullah & sahabat yang menangisi pemergian Ramadhan.Takut-takut nanti kita sudah tidak berkesempatan menemui bulan yang mulia ini pada masa akan datang.Segala ketentuan hanya Allah saja yang tahu sahabat-sahabat.;)
Wallahu'alam.

Monday, September 6, 2010

Merdeka !!


Tanggal 3 September yang lalu aku pulang ke kampung halaman..di tengah-tengah malam yang hening.Hajat aku untuk pulang ke rumah lewat sedikit tak kesampaian disebabkan iftar alumni sekolah bacth aku yang mesti aku hadiri.Bukan tak mahu balik awal,tetapi mngenagkan tugas di kampus yang masih bertimbun-timbun lagi belum beres.Rasa berat hati ni nak pulang.But now I'm at home.Balik rumah jugak.Blog ni pun dah lama aku tinggal-tinggalkan.Jari jemari mula menaip apa yang dihantar oleh fikiran dan hati.Maka lahirlah penulisan aku ni yang simple saja.

Final exam dah selesai untuk semester ni.Kiranya merdekalah orang kata, macam merdeka 31 0gos yang lalu..humm, tapi sejauh mana merdekanya kita kat dunia ni? setakat habis exam..setakat bebas dari penjajahan...Bagaimana dengan saudara-saudara kita di Palestin, di Iraq..mungkin mereka tak pernah merasakan kemerdekaan yang sebenar di dunia ini.Bahkan terseksa serta hidup dalam ketakutan.

Di Malaysia apa pula? ya kita merdeka! mampu makan dengan kenyang, tidur dengan lena, bekerja cari harta dengan banyak, mencari pasangan yang cantik, belajar dengan sempurna...Nah! apa lagi yang kita mahukan? kita bebas bahkan terlau bebas. Kita bebas dari Al-Quran & Sunnah, kita bebas dari hukum tuhan. Bebas melakukan apa saja tanpa batasan, maka terikut sangatlah kita dengan sekularisme dan lebaralisme dari Barat.Oh ya kolotnya erti kemerdekaan di dunia ni. Ramai orang yang akan merdeka di dunia, tetapi tidak di akhirat.na'uzubillah..di akhirat akan terseksa. jiwa dan raga. Ramai juga manusia yang akan terseksa dan derita di dunia tetapi merdeka di akhirat.Tenang mengecapi kebahagiaan hakiki.Nikmaynya abadi.Dik kerana itulah ada ulama' mengatakan "dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".Itulah yang sebenarnya.Biarlah penat kerana beramal untuk Islam nanti berehat di sana dengan tenang.
Maka... jom kita cari kemerdekaan yang sebenar di akhirat..Apatah lagi di bulan maghfirah ini. Maka rugilah berlalunya bulan Ramadhan tanpa diampunkan dosa-dosa kita. Rasa masih tandus lagi jiwa ini, berat & penuh dosa.

Friday, July 30, 2010

Sambal Goreng Tempe



  (2 versi gmbar-kurang cili dgn lebih cili)



Assalamualaikum. 
Resepi sambal ni sedap. Selamat mencuba..

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 2 bungkus Tempe-dipotong kecil2/nipis
  • 10 tangkai cili kering*
  • 2 biji cili padi merah-dihiris
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • Segenggam ikan bilis (kecil)-jgn byk sgt
  • 3 biji tahu kering (potong sederhana)
  • 2 sudu besar kacang tanah
  • Satu paket Soo Hun (direndam hgga kembang)
  • Secubit belacan or sebiji perahan limau kasturi
  • 4 ulas bwg merah*
  • 5 ulas bwg putih
  • Sedikit kicap

Cara-cara

  1. Goreng tempe, kacang tanah, tahu & ikan bilis hingga warna keemasan.Angkat dan asingkan.
  2. Blender bhn bertanda *.Tumiskan bhn blender hingga naik minyak dan garing.
  3. Masukan sedikit air,garam,gula & bhn perasa. Kacau sebati
  4. Masukkan sedikit skicap & kemudian air perahan limau kasturi(jika guna). Kacau sebati.
  5. Bila agak kering ,masukkan hirisan bwg besar ,ikan bilis, kacang tanah, tempe, tahu dan soo hun.Kacau bersama bahan yg telah ditumis. Boleh angkat dan hidang. 


Nak tambah bahan lain atau tak nak letak mana2 bahan di atas pun boleh. Antara bahan lain yang boleh jugakl etak  macam petai, kentang dan lain-lain. Ikut kesesuaian dan citarasa masing-masing. Jika nak buat kering atau basah terpulang juga.

Jumlah cili ikut selera, jika suka pedas boleh letak lebih sikit. Sama jugak macam bahan yang lain especially ikan bilis dan kacang, boleh letak jumlahnya ikut kesesuaian.
Selamat  Memasak.. :)


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Saturday, July 3, 2010

4 GOLONGAN LELAKI AHLI NERAKA

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:-
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…”
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

Monday, May 24, 2010

Peguam Syar'ie non-muslim ???


Saya bukan seorang penganalisis untuk mengetahui tujuan orang ini[1] hendak menjadi peguam syarie sehinggakan dia berani mencabar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi membenarkannya untuk menjadi peguam syarie.


Saya agak skeptikal dengan hal ini. Maklumlah, beria-ia seorang yang non-Muslim hendak menjadi peguam syarie, padahal dia semestinya tahu benar yang peguam syarie akan berhujah dengan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w, padahal pegangan rasmi agama dia sendiri bukan Islam.

Apa tujuannya itu ? Adakah dia akan menjadi sama seperti Ibnu Salul (Abdullah ibnu Ubayy) yang beria-ia menyambut kedatangan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah Al-Munawwarah padahal dirinya benci sekali dengan Nabi Muhammad s.a.w (munafik) ?

Itu yang kita risaukan, meskipun kita tahu benar akan ada penafian.

Oh ya, Persatuan Peguam Syarie teramat risau akan perkara ini. Emm...inilah padahnya kalau mahkamah sivil yang menjadi kepala dalam penghakiman bagi sebuah pemerintahan yang dikepalai oleh seorang Islam.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Sivil semalam yang memberi kebenaran kepada seorang wanita bukan Islam dalam usaha awalnya menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan.


Timbalan Presidennya, Musa Awang berkata, Pgsm akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan martabat Mahkamah Syariah dipertahankan berikutan keputusan itu.

Pihaknya memandang serius perkara itu kerana mengikut Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan, hanya warganegara beragama Islam yang layak memohon dan menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah.

"Bertugas di Mahkamah Syariah memerlukan peguam berhujah dengan mengemukakan dalil al-Quran, hadis dan hukum syarak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. [2]


Haha, di sini sudah nampak ada udang di sebalik batu...:

Victoria, who obtained a Diploma in Syariah Law and Practice (DSLP) in 2004 from the International Islamic University Malaysia, had sought legal action at the Civil court after her application to be admitted as a syarie lawyer was rejected by the Religious Council through the syarie lawyer committee.

Speaking to the reporters later, Victoria, who was happy with today's outcome, said she wanted to be a syarie lawyer in the interest of justice. [3]


Sudah banyak lagi undang-undang yang berkaitan dengan Islam hendak dicabul oleh oleh non-Muslim, dengan cara-cara yang 'agak berhemah tinggi' iaitu dengan mencabarnya di mahkamah sivil. Ya, mahkamah sivil adalah tempat terbaik untuk undang-undang Islam dicabar oleh non-Muslim, dan orang Islam di sini kebanyakannya tidak tahu. Yang mereka tahu nak maki-hamun di Facebook dan buat ugutan bunuh, carut dan sebagainya.

Mereka terus-menerus hendak mencabar kita, kerana kita semakin lemah, dan 1Malaysia itu sedikit sebanyak membantu juga, di mana semua bangsa diberi hak yang sama rata. Makanya, dari sudut keagamaan juga mereka hendak hak yang sama. Siapa tahu satu hari nanti perlembagaan berkenaan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dibubar...hanya kerana hendak mencari kesamarataan.

Rujukan :

[1] Victoria jayaseele Martin, http://malaysiatop1000.com/portal/category/tags/victoria-jayaseele-martin

[2] PGSM terkejut keputusan mahkamah, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

[3] Non- Muslim Lawyer Gets Leave In Bid To Be Syarie Lawyer In KL, http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=498208


*UPDATE:


KUALA LUMPUR 19 Mei - Peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, syarat tersebut termaktub dalam peraturan dan enakmen Mahkamah Syariah.

Menurutnya, rasional ditetapkan Islam sebagai asas untuk menjadi peguam syarie bukan sahaja disebabkan penggunaan dalil dan ayat-ayat al-Quran oleh peguam ketika di mahkamah.
Sebaliknya, jelas beliau, banyak lagi sebab lain berkaitan agama yang memerlukan peguam syarie beragama Islam untuk mengendalikan kes-kes di mahkamah.

''Kita tidak menghalang, cuma, ada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk seseorang itu menjadi peguam syarie.

''Mereka ini mesti beragama Islam. Ini bukan boleh buat suka-suka. Kita bercakap soal peraturan,'' katanya ketika ditemui selepas meninjau Masjid Negara yang akan dibaik pulih, di sini hari ini.

Turut sama ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Jamil Khir mengulas mengenai seorang wanita yang bukan beragama Islam memperoleh kebenaran dari Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur Jumaat lepas dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan.

Hakim, Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.

Victoria, 48, diberi tempoh 14 hari untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman tersebut. Tarikh bagi pendengaran kes itu masih belum ditetapkan.

Victoria yang memperoleh diploma dalam Undang-Undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, pihaknya tidak mengetahui agenda di sebalik permohonan itu, namun, ia secara jelas tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

''Sama ada kita setuju atau tidak, peraturan (syarat) ini tidak dipatuhi. Kalau tidak dipatuhi, bagaimana kita hendak setuju,'' ujarnya.

Mengenai tindakan Victoria yang akan mencabar keputusan hanya peguam beragama Islam boleh menjadi peguam syarie di mahkamah, Jamil Khir berkata, pihaknya bersedia untuk berdepan dengan tuntutan itu.

Rujukan :

Peguam Syarie Mesti Beragama Islam, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Alam maya menggugat..


Baru-baru ini saya menemui seorang sahabat. Dia berkongsi dan luah dengan saya tentang suatu perkara. Saya ceritakan semula kata-katanya..

"Aku jarang-jarang online atau masuk alam maya ni. Jika aku masuk memang macam-macam aku cari,berita,mengkaji sikit-sikit dan sebagainya.Tapi tak tahulah baru-baru ni aku buka 'facebook' aku rasa sedih dan kecewa melihat bermacam-macam gelagat anak muda kat dalam tu.

Paparan gambar masing-masing yang menjolok mata terlalu banyak.Terutama buat perempuan yang tak segan letak gambar sendiri dengan macam-macam gaya dan aksi yang.....?? EMM.. yang berniqab pun apa kurangnya.Walaupun aku juga berniqab, aku  mendapat pelajaran dari pengalamanku. Aku sendiri pernah meletakkan gambar aku besar-besar di alam maya. Ketika itu tak fikir baik dan buruknya. Mujur ada yang akan mengingatkan aku. Tapi aku akui ramai yang tak tahu, terlupa, atau terleka.

Wanita menjadi fitnah,di mana-mana sahaja. Walaupun di alam maya. Jadi kita wanita, mestilah pelihara pandangan kaum lelaki. Jangan disebabkan kita, mereka mendapat dosa. Bukan kita menggalakkan & membawa mereka terjerumus pada dosa serta maksiat .Penggunaan bahasa-bahasa perbualan antara rijal dan nisa' juga boleh menjadi fitnah. Kita kadang-kadang lupa pada adab-adab dan garis panduan pergaulan dalam Islam. Srikandi-srikandi dan mujahid-mujahid Islam ni , mai la kita berbalik pada landasan yang sebenar. Jom kita try buka surah Al-Ahzab,An-Nur.Cari....

Aku paling sedih lagi bila melihat sahabat-sahabat rapat aku yang buat. Itulah sebenarnya tugas kita untuk menegur. Nak menghukum terus pun tak boleh.Saling nasihat-menasihati. Mungkin mereka tak tahu atau terlupa..


Tahu-tahu sajalah orang yang melayari internet ni bermacam-macam orang.Ada yang imannya rendah dan lemah. Ada juga yang jiwanya sakit, penuh dengan bintik-bintik hitam.Sekalipun iman seseorang teguh, tinggi tahapnya, dalam alam maya jika tidak menjaga, kita pasti kecundang juga akhirnya. Dengan gambar dan macam-macam yang terpapar dan disediakan.Seboleh-bolehnya janganlah kita letak gambar kita sendiri. Apatah lagi jika besar dan dapat dilihat sebutir-sebutir jerawat. Elakkanlah.AWAS! Sama-sama kita jaga diri kita.

Guna alam maya macam lain-lain tu pun jangan berjam-jam sampai tinggal kewajipan pada Allah. Kita gunakan untuk maslahah umum kan. Jika mudharat dah banyak sangat pada diri sampai lupa kewajipan, tinggalkanlah atau pandai-pandailah kawal. Kita tinggalkan apa-apa yang tak beri manfaat buat diri kita.

Yahudi dan musuh-musuh Islam ada bersama memusnahkan ummat Islam di alam maya ni jugak. Kebanyakannya mereka yang cipta benda-benda dalam alam maya or alam siber ni.
Janganlah kita leka,lupa pada Allah walau sesaat. Ingatan bersama lah ni kan ".

Inilah perkongsian dari sahabat saya tu, yang menjentik hati saya. Bermanfaat buat saya. Moga memberi manfaat buat kalian juga. Saya sempat juga mencelah sikit-sikit sebagai tanda respon.
Baiklah. Jumpa lagi.


 Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Sunday, April 25, 2010

Laksanakan MiSi





Sunday, March 28, 2010

Tak pernah selesai..


Assalamualaikum W.B.T
Salam senyuman yang terindah,salam ukhwah kepada seluruh saudara-saudari yang seagama sefikrah,sealiran ataupun tidak.
Sudah terbukanya fasa cuti semester
‘exam’ sudah selesai
WAH! Ni lah peluang
nak relax .. ‘enjoy’
shopping..jalan2..gossip2
huh.. tidak semua ni..
no .. no.. no ..
gerak kerja mananti..
tidak pernah selesai
untuk agama,bangsa & Negara
aku sesekali tidak akan membiarkan diriku
berehat atau bercuti
stop!
Tiada masa nk memanjakan diri
Tidak mengkin..
Mustahil..
Please! Wahai diri..
Jika ramai yg bercuti
Siapa pula akan bekerja
Siapa pula akan mencari ilmu
Siapa pula akan jaga Islam
Islam xperlukan kita
Tapi kita perlukan Islam
SANGAT PERLUKAN
Kata nk jadi pejuang
Takkan nak rehat je keje
xsetanding para sahabat & anbiya'
pe lah sgt aku ni..
nak idamkan syurga..
"kejayaan semanis madu memerlukan
perjuangan sepahit hempedu"
yah!!! chayok!!!

mmmm..
Tambah2 lg aku dah jd pemimpin
Kpd mahasiswa
Amanah..amanah..amanah
Besar tanggungjawab tu
gunung-ganang pn xsggup nk pikul
manusia yg trima
Bukan main2
aku pun xnk.. TAPI..
Allah lebih tahu apa yg terbaik utk aku
Aku sedar tu
yg aku thu lps ni mesti..wajib
kurang tidur..
kurang makan..
kurang mandi ???.. ni xpasti
baru saja ditaklifkan
umm.. sebenarnya dh lama
sekurang2nya pemimpin kpd diri sendiri
semuanya ibadah..
asal niat ikhlas.. berlandaskan syariat
yaqin2
yang pasti semuanya utk ISLAM krn ALLAH
UJIAN.. CABARAN..DUGAAN
Sudah mula dirasai
...
Pasti! Di hadapan byk lg yg menanti..
“Apakah kamu kata kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji”
Ini pasti.. dah tercatat dalam Al-Quran..
Kita akan diuji mngikut kemampuan kita..
Dlm hadith jge tercatat –Riwayat Bukhari & Muslim
"Tidak ada satu pun ujian dan musibah yg ditimpakan ke atas kamu yg sia-sia.Setiap satunya akn dberikan ganjaran.Walaupun hanya dengan trpijak satu duri.Semua itu akan diberikan pahala.”
InsyaAllah.. Allah ma’akum
Taqarrub Ilalllah.. itu mesti ye
Aku perlukan sokongan kalian semua
Taklifat ini besar.. 
besar kerana ia
tanggungjawab & AMANAH
Jadi..
Tegurlah aku jk aku salah
supaya aku xtersasar jauh..
Ok ni saja..Aku tarik diri dl
kali ni xde pe sgt ..“,
Wassalam.

Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Monday, March 1, 2010

Detik2 kematian Rasulullah


Pagi itu,walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,"Wahai ummatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Ku wariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Saidina Abu Bakar as SiddiQ menatapmata itu dengan berkaca-kaca,Saidina Umar al-Khattab dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Saidina Usman bin Affan menghela nafas panjang dan Saidina Ali b ABi Talib menundukkan kepalanya dalam-dalam.Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,tatkala Saidina Ali dan Saidina Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Disaat itu,kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang didalamnya,Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata danbertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"


"Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu,Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril,jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat,saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang.

"Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh.



Putri Rasulullah saw Fatimah datang, dia menangis, dia menangis karena dia terbiasa setiap kali datang kepada Nabi saw, Nabi saw berdiri menyambutnya dan mencium keningnya, akan tetapi kali ini Nabi saw tidak mampu berdiri untuknya. Rasulullah saw berkata kepada Fatimah, "Mendekatlah kemari wahai Fatimah." Rasulullah saw berbisik kepadanya di telinganya, maka Fatimah menangis. Kemudian beliau berkata kepadanya untuk kedua kalinya, "Mendekatlah kemari ya Fatimah." Rasulullah saw berbisik kepadanya dan Fatimah tertawa. Setelah Rasulullah saw wafat, Fatimah ditanya tentang hal itu, maka dia menjawab, beliau berkata kepadaku, “Wahai Fatimah aku mati pada malam ini.” Maka aku menangis. Kemudian beliau berkata kepadaku, “Wahai Fatimah, kamu adalah keluargaku pertama yang menyusulku.” maka aku tertawa.


Fatimah terpejam,Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup,melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik,kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku."


Lalu Nabi saw bersandar di dada Aisyah istrinya. Aisyah berkata, beliau mengangkat tangannya dan pandangannya ke langit, kedua bibirnya bergerak, yang terdengar oleh Aisyah adalah, “Bersama orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah dari kalangan para nabi, shiddiqin, syuhada` dan shalihin, ya Allah ampunilah aku dan rahmatilah aku, dan kembalikan aku kepada ar-Rafiq al-A’la, ya Allah ar-Rafiq al-A’la.” Kata terakhir terulang tiga kali dan tangannya luruh.
Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uusiikum bis salati,wa maa malakat aimanukum,peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan.Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"


Perisitwa besar ini terjadi di waktu dhuha pada hari Senin 12 Rabi’ul Awal tahun 11 H, usia beliau padsa saat itu enam puluh tiga tahun lebih empat hari.

Anas berkata, “Aku tidak pernah melihat satu hari pun yang lebih baik dan lebih bersinar daripada hari kedatangan Rasulullah saw, dan aku tidak melihat satu hari pun yang lebih buruk dan lebih gelap daripada hari kematian Rasulullah saw.

Saturday, February 20, 2010

Ape2 jela nak exam..


SALAM..
sedar tak sedar aku dah berada dalam minggu peperiksaan.'Final exam' sudaaaah.Begitu penuh jadual aku pada semester ini dengan banyak agenda dan perkara
.Hal inilah yang manjadi almunasabab aku rasa cepat sangat nak 'exam', kelas pun macam tak cukup je bagi aku.Sebenarnya aku yang rasa camtu,sebab tak cukupkan diri dalam kelas-kelas sblum ni..faham ke ", . Nak exam ni, otak aku terus automatik berfikir, strategi apa aku nak guna utk ulangkaji ni,dalam masa yang masih tinggal nih. yaa! aku pk la sndiri..'bersedia dalam keadaan tidak bersedia' begitulah keadaannya.Macam kita berjihad.ni pun jihad jgk.Ilmu ni utk Islam..

Teringat pulak kisah lalu waktu semester1 di KUIS.Aku datang kuis dengan satu semangat & keazaman yang luar biasa..semangat nak berubah dari semua sudut kehidupan.Dari sudut ibadah,akhlak,kawan,akademik dan lain2.Tak mahu bawa perangai masa sekolah dulu.Tak mau kecewakan umi dan abah lg..aku rancang segala strategi,aku buat pemerhatian dan aku laksanakan.. Aku kira,aku jd budak baik,rajin n 'alim'. Aku target dari awal nak dapat result yang 'power',pointer kasi tinggi melangit...tu dia....Bila datang minggu final exam waktu tu, aku agk 'nervous'.Tak tau apa nak buat,yela br sem1.so,aku trus cari soalan2 lepas..tanya kawan2..n aku tgk markah midterm setiap subject.Masa midterm pun aku cuba buat yang terbaik & risau sgt klu xdpt jwb.hehe smpi 'call' umi sedih tU..... "mi,akak rasa cam xdapat jawab la midterm td,jawab salah" , umi pn bg kata2 smgt
.
. ( lagi? akn dtg..sambungan ). ", (1)

NIAT + USAHA + DOA + TAWAKKAL = Berjaya or tidak -terima. ",

Thursday, February 11, 2010

Nasihatku pada IkhwaH



Kami ini senang jika diperhatikan, apalagi jika kalian adalah ikhwah yang dewasa, ikhwah yang mempunyai karisma, atau ikhwah yang alim, atau ikhwah yang bersifat "cool" apatah lagi mempunyai sifat penyayang, walhal kami belum mampu berhijab secara baik. Oleh itu, tundukkanlah pandangan kalian dengan makna yang sebenar-benarnya, dan janganlah kalian ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya.

Kami juga senang mendengar kalian berbicara dengan kebaikan dan kelebihan tentang kami, rasa di hati tidak dapat diperkatakan lagi, kami terasa seakan dihargai , namun bagi mengelakkan kelalaian hati kita, oleh itu, cukuplah bicara kalian jika kalian mulai memberi pujian kepada kami meskipun itu hanya sebuah pujian kecil..tetapi biarlah hanya dengan pujian kecil sahaja..lebih baik kalian bnyakkan pujian kepada
Allah sang Pencipta.

Kami juga sukar menahan bayangan-bayangan hati akan kalian para ikhwah, ketika kami merasa para kalian dapat menjadi tempat untuk mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayang-bayang kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami mencurahkan isi hati kami kepada kalian.

Kami juga inginnya terus dekat dengan kalian para ikhwah, tapi maaf..bukan kerana apa-apa tapi lebih kerana perhatian yang kalian berikan kepada kami, meskipun sesungguhnya kami sangat malu akan hal ini, terkadang kami pun terlepas kata dan laku, malah menjadikan kami dan kalian semakin tak mengenal batas, kerana itu pertama nasihatilah kami akan azab Allah dan setelahnya jangan pernah memberi dan membalas bentuk
perhatian kami.


Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) [Surah al-Israa ayat 32]

Katakanlah pada orang-orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya ........ [Surah An-Nur ayat 30-31]

Janganlah kamu mengikuti pandangan pertama (kepada wanita) dengan pandangan berikutnya. Kerana yang pertama itu untukmu dan yang kedua adalah dosa
[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Hakim).


hidup adalah rangkaian pilihan demi pilihan, hanya orang-orang yang berusaha memelihara hubungan dengan Allah dan mencari ilmu sahaja yang akan memilih kebenaran. Kerana rezeki, maut, dan jodoh setiap manusia telah Allah tetapkan, maka yang perlu kita lakukan adalah bagaimana untuk selalu memperbaiki usaha kita dalam menerima ketiga-tiga perkara itu. Banyak perkara yang kita pandang baik, namun tidak dalam pandangan Allah. Bersabarlah atas takdir Allah, kerana sesungguhnya buah kesabaran itu
sangat manis dan sangat lazat.


Wassalam ",

Sunday, January 24, 2010

Wahai diri bersyukurlah ..

Ku berjalan.. ku melangkah..
Sekali ku memandang ke laut ku merasa tenang sekali..
Bila ku mendongak ke atas, ku melihat betapa luasnya langit..
Mendengar burung berkicauan,cukup tenang ku rasakan..
Aku berjalan dan mengembara,
Ya Allah betapa hebatnya ciptaanMu di dunia ini..

Apa yg ada pada diriku..
Apa lagi mampu aku katakan..
betapa banyaknya nikmat yang kau berikan..
Aku tidak mahu menjadi manusia yang kufur..
Aku mahu menjadi hamba yg bersyukur..
Bersyukur.. bersyukur.. Bersyukur..
Terima kasih ya Allah..
Ya Allah..

Sunday, January 10, 2010

JaHILIYYah 2010 ..

Tahun baru 2010 menjelma tiba.
abad ke-21 memulakan eranya.
sambutan penuh meriah di klcc, bukit bintang, dataran merdeka, malah di bukit penghubung
antara ampang dan hulu langat.


Pada malam tahun baru, aku punya urusan besar bersaMa teman2ku.. dalam perjalanan,
melalui kawasan yang dipenuhi manusia yang sangat jakun pada "bunga api".
 

aduhai... sedihnya melihat gelagat anak-anak muda yang punya banyak tenaga dan kekuatan..
yang sepatutnya disalurkan demi ad-din yang mulia ini.
namun semua sibuk dengan hiburan,pergaulan silang jantina yang melampau,
pakaian "trend yang sangat up to date".Anak-anak yang masih kecil dah didedahkan dengan hiburan yang melampau....


Semuanya tunduk dan sujud menghadap kiblat barat dan yahudi.. dan musuh islam ketawa terbahak-bahak melihat anak-anak muda yang mempunyai kad pengenalan ISLAM, tetapi tunduk dan sujud kepada mereka.. mengikut segala-galanya yang diAJAR oleh mereka secara mesra dan halus..

apa bezanya jahiliyah zaman dahulu dgn jahiliyah kini?
dulu mereka menanam anak hidup-hidup, 

kini ada yang membuang anak ke dalam sungai.
dulu mereka saling bergaduh, 

kini pedang samurai,pistol menjadi senjata biasa.
dulu mereka meneguk arak dan berzina, 

kini sudah menjadi trend biasa malah berasa `izzah.
dulu mereka berasobiyah hina, 

kini semua taksub kepada bangsa dan kelompok tertentu
dan melupakan sama sekali soal hubungan aqidah.
dulu jahiliyah, 

kini kita kembali kepada jahiliyah itu,
cuma keadaannya sedikit berbeza.
jahiliyah versi moden.

NAMUN!
buat diriku dan kalian yang sedar dan menangisi hal ini, ayuh! gerakkan hati dan jasad kita.
untuk membuat amal.
menyelamatkan diri dan manusia yang lain daripada jahiliyah jijik ini.
dengan pembinaan individu-indicidu dan rijal-rijal yang bersiap siaga untuk berenang merentasi lautan jahiliyah yang sangat kotor ini.
berenang dan menyelamatkan yang lain yang sedang lemas.
menuju satu destinasi, redha Allah yang maha agung.
ayuh mencari HUJAH2 unutk kita berhadapan dengan Allah.

supaya nanti ketika Allah bertanya, apa amal kita demi ummah ini, kita ada jawapannya.
mungkin kita bukanlah generasi yang akan menebas jahiliyah ini sehingga bersih, namun biarlah kita habiskan segala kudrat dan tenaga kita untuk jihad ke arah kebaikan ummah..tanda kita sayang saudara kita. Menjadi seperti burung-burung yang cuba memadamkan api yang membakar nabi ibrahim a.s.
 

Ayuh menjadi generasi ghuraba'.

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”