Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Friday, December 25, 2009

BTN antara Perkauman dan pertelagahan..

Salam informasi,

Naib presiden PAS, Mahfuz Omar melihat pertelagahan pendapat di antara Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai satu usaha untuk menghalang sikap bekas Perdana Menteri itu yang suka mengambil pendekatan mengkritik pentadbiran kerajaan Malaysia.Malah menurut Mahfuz, Nazri sebenarnya merupakan ayam tambatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mereka sendiri kurang menyerlah dalam menegakkan isu rasisnya Biro Tata Negara (BTN).

“ Saya tidak lihat ini satu perkembangan positif tapi saya lihat bahawa hakikat sebenarnya UMNO masih lagi hendak mempertahankan isu-isu yang bersifat rasis ini tetapi datuk Najib sendiri dan Muhyiddin tidak begitu menonjol untuk memperkatakan isu sebegini. Saya lihat Datuk Nazri ini seolah ayam sabung kepada UMNO dan juga untuk bercakap bagi pihak Datuk Najib dan Muhyiddin” ujarnya kepada TV Selangor.Polemik mengenai kursus BTN sebelum ini berjaya mencetuskan pertelagahan pendapat di antara Nazri Aziz dan Mahathir yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Nazri sebelum ini melabelkan Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul BTN manakala Mahathir pula mahu Nazri meletakkan jawatan dalam UMNO sekiranya berpendirian modul latihan BTN perlu dirombak kerana ia sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.Ramai pengamal politik yang melihat perkembangan tersebut sambil memberikan persepsi sendiri berhubung perbezaan pendapat antara Nazri dan Mahathir yang sejak dahulu lagi sering tidak sependapat.Mahfuz berkata, isu BTN dan rasis ini hanyalah satu sandaran untuk menyingkirkan Mahathir namun UMNO sendiri harus berubah jika tidak mahu dikritik Mahathir yang telah menerajui negara selama 22 tahun“ Untuk tidak lagi rasis sepertimana yang diakui oleh mereka bahawa ini bukan waktu mereka untuk rasis, UMNO bukan parti rasis. Hanya Tun Dr Mahathir sahaja kata, UMNO parti rasis. Jadi mereka kena buktikanlah bahawa mereka bukan parti rasis” katanya.

Mahfuz percaya apa yang dilakukan Nazri ini didokong oleh Najib dan Muhyiddin kerana mereka tidak melihat isu ini dari sudut rasisnya BTN tetapi mereka tidak begitu senang dengan Mahathir saja kerana tidak mahu peristiwa ‘campur tangan’ pada zaman pemerintahan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berulang pada hari ini.Mahfuz juga menganggap Nazri sebagai ‘ayam sabung’ Umno yang dijadikan ‘orang tengah’ bagi berhadapan dan Mahathir.

Wallahu'alam.. ",

Monday, December 21, 2009

Berhijrahlah !!



Salam,
Salam syahid!

Salam ma'al Hijrah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.Mari sama-sama kita memacu perubahan,kita berhijrah dalam setiap aspek dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah di bumi ini,tidak kiralah apa peranan kita, kita perlu berhijrah.Ayuh, bersama kita jadikan Rasulullah dan para sahabatnya sebagai contoh tauladan yang terbaik.Tiada tandingan perjuangan yang baginda lakukan berbanding kita yang serba lemah ini.Apa saja yang kita lakukan semoga penghijrahan kita adalah lebih mendekatkan diri kita kepada Allah, dan semakin kuat CINTA kita kepadaNya.Hijrah mempunyai makna yang luas, bukan sekadar berhijrah tempat dan lokasi sahaja.Tetapi lebih luas dari itu.Kita mestilah menghijrahkan minda,hati,tingkah laku dan semua sudut kehidupan kita ke arah yang lebih baik dan diredhai oleh Allah.. sahabat-sahabat,kali ini saya tak mahu mengulas panjang.

Sekadar sedikit ucapan salam hijrah supaya kita sentiasa berhijrah dari hari ke hari waktu demi waktu ke arah kebaikan dunia & akhirat."Hari ini mestilah lebih baik dari semalam,esok lebih baik dari hari ini"Jangan biarkan diri kita binasa sahabat-sahabat.Berhijrahlah..Alangkah indahnya jika kita berhijrah untuk mendapat Cinta
yang teragung dari yang Esa.Abaikan segala
cinta kepada duNia yang fana ini.

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”