Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Thursday, September 9, 2010

SaLam KemenangaN ",


Salam kawan2 kenalanku semua.Salam syawal to all my friends.
Maaf di atas segala kekurangan serta kesilapan diri selama ni.
Jika ada berhutang bagi tau ye..

Moga Ramadhan yang berlalu memberi maghfirah kepada dosa2 kita yang lalu.Berat hati nak berpisah dengan bulan mulia ni..pe pn tetap akn berlalu..
Eid Mubarak..
;)

Wednesday, September 8, 2010

Aku merinduimu

Sungguh aku merasa sebak pada hari ini.Kenapa harus aku merasa begini? Aku tidak mahu berpisah denganmu.Aku akan sentiasa merinduimu.Ya Ramadhan,aku tahu engkau tetap akan meninggalkan aku..Itu sangat pasti.Malam tadi adalah malam terakhir solat Terawih bulan Ramadhan pada tahun ini..Nikmatnya bulan ini, hanya ummat Islam saja yang merasainya.Cuma yang menjadi kebimbangan ialah samada dosa kita semua terampun atau tidak..samada amalan kita di bulan ini sudah cukup, berkualiti,mantap dan istiqomah atau tidak.Adakah kita bener-benar menghargai peluang yang diberikan di bulan ini.(muhasabah).

Aku selalu berpesan pada diri sendidri,usah terlalu gembira ingin menyambut syawal.Ikutlah seperti aRasulullah & sahabat yang menangisi pemergian Ramadhan.Takut-takut nanti kita sudah tidak berkesempatan menemui bulan yang mulia ini pada masa akan datang.Segala ketentuan hanya Allah saja yang tahu sahabat-sahabat.;)
Wallahu'alam.

Monday, September 6, 2010

Merdeka !!


Tanggal 3 September yang lalu aku pulang ke kampung halaman..di tengah-tengah malam yang hening.Hajat aku untuk pulang ke rumah lewat sedikit tak kesampaian disebabkan iftar alumni sekolah bacth aku yang mesti aku hadiri.Bukan tak mahu balik awal,tetapi mngenagkan tugas di kampus yang masih bertimbun-timbun lagi belum beres.Rasa berat hati ni nak pulang.But now I'm at home.Balik rumah jugak.Blog ni pun dah lama aku tinggal-tinggalkan.Jari jemari mula menaip apa yang dihantar oleh fikiran dan hati.Maka lahirlah penulisan aku ni yang simple saja.

Final exam dah selesai untuk semester ni.Kiranya merdekalah orang kata, macam merdeka 31 0gos yang lalu..humm, tapi sejauh mana merdekanya kita kat dunia ni? setakat habis exam..setakat bebas dari penjajahan...Bagaimana dengan saudara-saudara kita di Palestin, di Iraq..mungkin mereka tak pernah merasakan kemerdekaan yang sebenar di dunia ini.Bahkan terseksa serta hidup dalam ketakutan.

Di Malaysia apa pula? ya kita merdeka! mampu makan dengan kenyang, tidur dengan lena, bekerja cari harta dengan banyak, mencari pasangan yang cantik, belajar dengan sempurna...Nah! apa lagi yang kita mahukan? kita bebas bahkan terlau bebas. Kita bebas dari Al-Quran & Sunnah, kita bebas dari hukum tuhan. Bebas melakukan apa saja tanpa batasan, maka terikut sangatlah kita dengan sekularisme dan lebaralisme dari Barat.Oh ya kolotnya erti kemerdekaan di dunia ni. Ramai orang yang akan merdeka di dunia, tetapi tidak di akhirat.na'uzubillah..di akhirat akan terseksa. jiwa dan raga. Ramai juga manusia yang akan terseksa dan derita di dunia tetapi merdeka di akhirat.Tenang mengecapi kebahagiaan hakiki.Nikmaynya abadi.Dik kerana itulah ada ulama' mengatakan "dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".Itulah yang sebenarnya.Biarlah penat kerana beramal untuk Islam nanti berehat di sana dengan tenang.
Maka... jom kita cari kemerdekaan yang sebenar di akhirat..Apatah lagi di bulan maghfirah ini. Maka rugilah berlalunya bulan Ramadhan tanpa diampunkan dosa-dosa kita. Rasa masih tandus lagi jiwa ini, berat & penuh dosa.

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”