Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Monday, June 27, 2011

Bersih & Adil


Aku tahu ramai yang mempunyai pandangan mereka yang tersendiri tentang perhimpunan BERSIH pada 9 Jun nanti. Apatah lagi sejak awal media sudah memainkan “peranan” mereka dengan sogokan, menyatakan perhimpunan ini sebagai satu perhimpunn yang haram.


Ditegah kepada rakyat secara habis-habisan dari menyertainya. Diteguhkan lagi dengan kenyataan dari Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan kerajaan menegaskan perhimpunan ini sebagai satu kesalahan. Rakyat diugut dengan “ancaman tangkap”.

Mengapa dikatakan haram? Dalam perlembagaan persekutuan sendiri membenarkannya dalam Perkara 10, berkaitan kebebasan bercakap berhimpun dan menubuhkan persatuan: secara aman dan tanpa senjata.

Baiklah, satu gambaran…


Mengapa tidak satu perhimpunan bagi menonton konsert dari artis yang “sexy”, dengan pakaian terdedah tidak haram? Mengapa tidak perhimpunan besar bagi menyambut kedatangan tahun baru tidak haram? Kenapa tidak dihalang? Sedangkan mudharatnya ketika itu adalah lebih besar. Berlakunya pergaulan bebas, minum arak & juga tanpa disedari mencemarkan nama negara ini sebagai sebuah negara Islam. Aku tidak katakan yang aku setuju atau tidak, tetapi pemikiran ini sentiasa berlegar di ruangannya. 

BERSIH 2.0 merupakan suara sebahagian daripada rakyat negara ini untuk menyatakan teguran bagi penambah baikan sistem pilihanraya yang sedia ada di Malaysia yang juga rentetan dari BERSIH satu. 8 tuntutan BERSIH 2.0 ialah:

1. Membersihkan senarai undi.
2. Mereformasi undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal.
4. Akses media yang bebas dan adil.
5. Tempoh kempen minima 21 hari.
6. Memperkukuh Institusi Awam.
7. Menghentikan rasuah.
8. Menghentikan politik kotor.

Namun dalam keadaan begini adalah tidak wajar bagi sesetengah pihak lain ingin juga turun mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama bagi menghalang perhimpunan BERSIH ini. Pihak itu adalah Perkasa yang dipelopori oleh Ibrahim Ali dan Pemuda UMNO.
Pada aku jelas, keadaan akan jadi hura-hara hanya apabila pihak lain membuat “kacau” pada tarikh yang sama. Ditambah pula provokasi yang sudah tentu datang daripada pihak polis. Padahal perhimpunan tersebut telah dijelaskan tujuannnya secara aman tanpa sebarang senjata yang merbahaya seperti parang dan pistol.

Kita perlu tahu, politik merupakan sebahagian daripada kesyumulan Islam. Politik dalam Islam disebut Siasah Syar’iyyah. Maka berminat atau tidak, kita semua mesti mengambil tahu juga. Bagi memastikan semuanya mengikut Siasah Syar’iyyah, rakyat mestilah bersatu untuk mengubahnya agar politik di Negara ini tidak lagi dicemari oleh anasir-anasir kotor dari luar yang telah dibawa masuk ke dalam negara ini suatu ketika dahulu. 

Antara prinsip politik dalam Islam adalah berasaskan aqidah Islam, syariah yang berkuasa, amanah, keadilan, syura, hisbah & keamanan, kepimpinan yang berwibawa, dan kepatuhan.

Jadi inilah masa untuk kita mengubahnya..mari yook! ;)
Ya Allah bebaskan negara ini dari fitnah, maksiat, perpecahan & dari pemimpin yang zalim..AMIN....

p/s: mari kita fikir, nilai dan kaji..



Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..



1 comment:

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”