Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Thursday, October 6, 2011

Khabar dari Jordan (1)


PERLU KE JORDAN

Apa khabar semua?...
Kali pertama aku menulis semula di blog sejak tibanya aku di Jordan. Malah, sejak aku berkursus bahasa arab pun aku sudah berhenti menulis di sini. Sungguh tak sangka, sudah hampir sebulan setengah di sini. Tidak dapat digambarkan kehangatan pengalaman menjejaki tanah syam ini.

Ketika di Malaysia..
Mengetahui tarikh untuk “flight” membuat diri agak terkejut. Tarikh penerbangan yang bertukar-tukar pada saat akhir. Hari raya ke-6 sudah mahu bertolak, bukanlah perkara yang mudah. Itulah kenyataan, itulah yang terbaik. Namun persiapan tetap dilakukan secara sedikit-demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Satu demi satu, dalam masa yang sama persiapan raya dilakukan. Raya pun ‘simple’ je... Segalanya menjadi lebih mudah bila ada yang membantu. 'Apa yang penting?'..kerjasama!’.


Paling penting terima kasih kepada orang yang telah banyak berjasa. Keluarga, adik-adik dan yang paling utama terima kasih tidak terhingga kepada umi dan abah yang banyak berkorban untukku. Syukur juga pada Allah kerana memudahkan segala urusan hambamu. Satu perkara yang tidak dapat aku lakukan ialah aku tidak berkesempatan berjumpa dengan pendidik-pendidikku di sekolah dan kampus sebelum ini, dek kerana tiada kesempatan waktu. Aku hargai segala ilmu dan jasa yang mereka telah curahkan padaku.

Walau tak dapat aku nafikan, aku memaklumkan lambat kepada semua teman-teman dan sahabat-sahabatku, tetapi ucapan-ucapan, ambil berat dari kalian amat aku hargai. Aku cuma tidak mahu menyusahkan kalian semua untuk menghantar aku di KLIA, kerana aku bukanlah sesiapa, dan aku rasa aku tidak layak untuk terlebih-lebih dihargai. Aku cuma mahu pergi menuntut ilmu di bumi Allah. Perkara paling penting bagi aku ialah doa dari kalian. 

Aku masih lagi ketandusan ilmu di dada. Dalam hadith, Nabi s.a.w ada menyebut “Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu ilmu pengetahuan , Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”(H.R Bukhari). Moga-moga Allah memudahkan urusanku sepanjang di bumi barakah ini.

Hakikatnya hati ni berat ingin menyambung pelajaran di Jordan. Yaa.. terpaksa pergi dikala keluarga dalam  keadaan serba kekurangan. Dalam benak fikiranku terdetik mahu kerja dan baiki keadaan keluarga dahulu. Minat utamaku juga di bidang yang lain. Tapi, ini adalah harapan ibu bapaku Mereka sangat berharap aku menyambung pelajaran ke luar negara. Mereka mahu aku mendalami ilmu agama. Demi amanah dan tanggungjawab usah undur ke belakang. Dengan adanya 'bonus' mesti pergi! This is my decision..Biasiswa ini adalah rezeki dariNnya. Tanpa bonus, pasti tak terjejak kaki di Jordan ini, mana nak kais duitnya? Ku genggamkan tekad, ku simpunkan semangat. Maka bermulalah kembara ilmu ini.



Bersambung..

Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”