Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Tuesday, March 22, 2011

Revolusi di Mesir,,



Bagaimana keadaan di Mesir sekarang?
Bagaimana pula pemerintahan kerajaan di Mesir?

Sebelum bermula fasa cuti haritu, aku ingat, ketika itu krisis yang berlaku di negara Mesir sangat hebat. Seluruh dunia tersentak, tapi tak lupa juga ada yang lena. Tidak mengambil peduli.

Kita lihat perhimpunan besar rakyat Mesir akhirnya menumbangkan kerajaan di bawah genggaman Husni Mubarak. Protes daripada rakyat sememangnya merupakan desakan terbesar. Suara majoriti rakyat yang tidak tahan lagi dengan cengkaman pemerintahan Mubarak, lantaran desakan keperluan hidup, tempat tinggal dan sebagainya. Keadaan semakin genting dengan terlepasnya 5000 banduan. Polis pula tidak lagi menjalankan tugas mereka. Rakyat negara lain yang berada di Mesir turut merasai pengalaman yang cemas ini.

Apatah lagi, satu ketika Mesir menutup rangkaian sosial, twitter dan facebook melalui penutupan internet. Semua sistem telekomunikasi juga disekat termasuk mesin ATM dan telefon. Pelbagai cara juga digunakan pelajar Malaysia di Mesir yang berusaha menembusi alat komunikasi lain bagi memberi perkhabaran situasi sebenar mereka di sana yang semakin cemas. Gambaran itu tidak sama dengan apa yang aku baca dalam berita di akhbar yang ketika itu mengatakan keadaan pelajar Malaysia di Mesir selamat. Akhirnya barulah misi mengeluarkan pelajar Malaysia yang berada di Mesir rancak dijalankan dengan menggunakan pengangkutan laut dan darat. Akhirnya Mesir sekarang di bawah pemerintahan ketenteraan.

Sekarang, pelajar Malaysia dah pulang semula ke Mesir. Paling awal kuliah mereka bermula pada 12 Mac yang lalu. Sempat juga aku berjumpa dengan beberapa orang sahabat yang belajar di Mesir sebelum mereka pulang semula ke sana. Semoga mereka selamat dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. 

Bagaimana keadaan kerajaan Mesir selepas ini masih lagi dalam paras keraguan. Kita doakan negara Mesir ya.  ;)

No comments:

Post a Comment

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”