Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Thursday, March 24, 2011

Konspirasi Najib


Baru pi usrah semalam. Dapat banyak ilmu.. di majlis ilmu..
Sedikit perkongsian dari usrah saya semalam...

Pemimpin ada 3 jenis ; pertama Malik at-Tobi’in iaitu pemimpin yg meletakkan logik akal di depan mengatasi segalanya, kedua Malik as-Siasi iaitu pemimpin yg menggunakan konsep ‘isme’ seperti liberalisme dan hedonisme. Maka yg terakhir ialah Malik ad-Dini iaitu pemimpin yg menyusun serta mengatur pemerintahan bersandarkan hukum Allah.
Nak merasai pemerintahan di bawah pemimpin jenis yg ke-3 belum lagi. Aku pun tak tahu, yg penting kita berusaha ke arah pemerintahan yg ke-3 ke arah Khilafah Islam. Apatah lagi melihat situasi sekarang ini di Malaysia. Pemimpin kita sangat jauh dari Islam. Hanya pura-pura sebagai pemimpin di negara Islam. Sekejap Islam begini, sekejap Islam begitu. Begitulah orang yg sombong dgn Allah, tak mahu ikut syariat yg tersedia ‘perfect’. Olah sana, olah sini, jadi kolah.
Berita di tv sekarang ni memang menyakitkan mata, membengitkan telinga yg mendengar. Dato’ Anwar Ibrahim seperti pemimpin dan penjenayah paling kejam di Malaysia. Dituduh itu dan ini berlarutan dari tahun 1998. Sekarang ni video seks, lepas ni apa? Jom main teka teki.. Najib, Abdullah dan Mahathir pula manusia yg baik. Pemimpin contoh. Semua konflik yg dikaitkan dgn mereka dikatakan bukan atas restu dan tersilap.
Maruah mereka mesti dijaga.. what’s that? mereka terlupa skit dalil “fitnah itu lebih besar daripada membunuh” (al-Baqarah, 191). Medan pilihanraya dah dekat, so akan makin rancak kospirasi pimpinan2 BN ni.
Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan bohong (terhadap Aisyah) ialah sekumpulan diantara kamu. Janganlah kamu kira, bahawa itu kejahatan bagimu, bahkan kebaikan bagimu. Tiap-tiap orang di antara mereka menanggung dosa yang diperbuatnya. Orang yang membuat dosa yang besar di antara mereka, untuknya siksa yang besar pula.”
(Surah An-Nur – 11).
Wassalam ;).


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

No comments:

Post a Comment

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”