Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Thursday, March 17, 2011

TaHniah! Kebahagiaan buatmu



Mabruk 'alaiki..

Tanggal 13 Mac telah diijabkabul sahabatku Fatin Alia bersama ‘husband’ Fauzul Mubin. Kawan sepersekolahanku, dan satu geng dulu, tapi tak lah macam geng bas skolah.. yeke? :0
Ramai juga alumnai sekolah terutamanya bacth kami yang bernama, 'G-13' yang datang. 1st wedding from our generation. Tahniah sahabatku!

Sudah tiba masa buat Fatin membina mahligai bahagia. Bagi diriku, sahabatku Fatin memang layak untuk berkahwin di usia yang muda. Dia adalah seorang insan yang istimewa. Seorang wanita yang solehah. Disebalik tirai latar belakang kehidupannya, banyak onak dan duri telah dilaluinya sejak kecil lagi. Kehilangan ibu bapa yang disayangi ketika di usia yang muda, bukanlah perkara mudah seperti cerita di dalam drama semata-mata. Ini adalah hakikat kehidupan yang telah dilauinya yang menjadikannya seorang yang matang . Beliau dibesarkan oleh Makciknya sejak ibu bapanya kembali kepada Allah.

Cabaran yang dilaluinya sangat besar, sebagai seorang kakak sulong yang menjadi tonggak harapan adik-adik dibawah. Itulah disebalik tubuh wanita tabah yang bernama Fatin Aliya yang kini sudah sah bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, Fatin sudah ada Zauj yang serba sedikit boleh membantu apa yang kurang. Wanita manis ini layak mengecapi kebahagiaan. Aturan Allah itu penuh hikmah.

Gembira diberi kesempatan datang melihat akad nikah, dan hadir ke walimah Fatin. Gembira melihat senyuman manis terukir indah di raut wajahmu sahabat. Harapanku moga Baitul Muslim yang dibina  berkekalan hingga ke syurga. Moga mendapat zuriat yang soleh solehah bagi penyambung mata rantai perjuangan Islam.

Rindu wanita tabah ini.. :)

No comments:

Post a Comment

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”