Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Thursday, March 17, 2011

Update.. update..



Amiin..Alhamdulillah, cuti dah.. syukur sangat-sangat aku dah habis final exam. Tesis pun sudah aku selesaikan. Habis je exam, habis tesis. Terima kasih pada Allah kerana membantu aku. Baru dapat menjenguk blog yang dah lama bersarang ni. Huru hara juga blog ni. Lepas ni bermula proses ubah suai blog secara besar-besaran.

Memang bukan suatu perkara yang mudah, melakukan banyak perkara dalam satu masa. Tambahan dalam masa yang sama keadaan kesihatan tidak memberangsangkan. Aku terpaksa pilih mana lebih aula. Tapi mesti selalu ingat, Allah kan ada.

Sememangnya sukar....Tapi aku cuba berusaha dalam minggu peperiksaan yang lalu untuk menyelesaikan tesis. Dalam masa yang sama mengulangkaji untuk exam. Berulang-alik ke bilik penyelia tesis, Ustaz Zainuddin. Kesian ustaz, penat melayan kerenah aku. Aku banyak buat silap situ, sini, format, isi, macam-macam. First time buat tesis, 'gini' lah.. Antara pensyarah lain yang bantu untuk proses penghasilan tesis aku, ialah uastaz Shuhadak dan ustazah Safinah. Mereka banyak memudahkan aku. Syukran jiddan buat mereka..

Ternyata semuanya itu tidak memenatkan, tetapi hanya menguji ketabahan dan kesabaran aku sebagai penuntut ilmu. Tambahan pula aku sedar, aku amat-amat meminati tajuk tesis aku tu. Aku memang mahu mangkaji tentangnya. Walaupun tesis dah habis, tapi kajian aku masih belum habis lagi sebenarnya. Urm, xpa... aku akan meneruskan kajian tentangnya selepas ini.

Tentang ‘exam’ pula, tawakkal pada Allah . Aku dah buat apa yang termampu, menjalankan tugas sebagai penuntut ilmu. Selain tu, aku serahkan segalanya pada Allah untuk menentukan apa yang terbaik untuk aku. Aku hanya tinggal doa dan bertawakkal. Berdebar menanti result  semester 6. Semester akhir di KUIS.. ;)

No comments:

Post a Comment

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”