Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Friday, July 30, 2010

Sambal Goreng Tempe



  (2 versi gmbar-kurang cili dgn lebih cili)



Assalamualaikum. 
Resepi sambal ni sedap. Selamat mencuba..

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 2 bungkus Tempe-dipotong kecil2/nipis
  • 10 tangkai cili kering*
  • 2 biji cili padi merah-dihiris
  • 1 biji bawang besar-dihiris
  • Segenggam ikan bilis (kecil)-jgn byk sgt
  • 3 biji tahu kering (potong sederhana)
  • 2 sudu besar kacang tanah
  • Satu paket Soo Hun (direndam hgga kembang)
  • Secubit belacan or sebiji perahan limau kasturi
  • 4 ulas bwg merah*
  • 5 ulas bwg putih
  • Sedikit kicap

Cara-cara

  1. Goreng tempe, kacang tanah, tahu & ikan bilis hingga warna keemasan.Angkat dan asingkan.
  2. Blender bhn bertanda *.Tumiskan bhn blender hingga naik minyak dan garing.
  3. Masukan sedikit air,garam,gula & bhn perasa. Kacau sebati
  4. Masukkan sedikit skicap & kemudian air perahan limau kasturi(jika guna). Kacau sebati.
  5. Bila agak kering ,masukkan hirisan bwg besar ,ikan bilis, kacang tanah, tempe, tahu dan soo hun.Kacau bersama bahan yg telah ditumis. Boleh angkat dan hidang. 


Nak tambah bahan lain atau tak nak letak mana2 bahan di atas pun boleh. Antara bahan lain yang boleh jugakl etak  macam petai, kentang dan lain-lain. Ikut kesesuaian dan citarasa masing-masing. Jika nak buat kering atau basah terpulang juga.

Jumlah cili ikut selera, jika suka pedas boleh letak lebih sikit. Sama jugak macam bahan yang lain especially ikan bilis dan kacang, boleh letak jumlahnya ikut kesesuaian.
Selamat  Memasak.. :)


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

No comments:

Post a Comment

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”