Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Saturday, April 9, 2011

Menulis...Yook!



Terima kasih! Itulah ungkapan dari bibir yang mampu aku ucapkan hari ini kepada Rafidah. Sahabat satu Kolejku. Bersama kami juga rakan dari Indonesia yang belajar di KUIS juga. Pelawaan yang membawa aku bersamanya menimba satu lagi pengalaman indah dalam hidup, sememangnya mebuatkan aku merasa cukup bertuah hari ni.. Ada dua tawaran dari sahabat pada hari ini yang mempelawa, tapi orang & tempat yang berbeza. Cuma aku memilih, siapa cepat dia dapat!
Aku seperti seorang yang sangat jakon gitu. Tidak menyangka kaki ni dapat menjejak ke dalam Kedutaan Indonesia di Malaysia. Tidak sangka langsung kerana aku sangka tempatnya di PWTC. Sampai dan masuk saja aku rasa macam ada di Indonesia. Darahku mengalir deras, sebab ‘majority are Indonesian’. Mataku melilau-lilau melihat sekeliling. Ish..sebenarnya aku segan sangat. Malu bangat! ‘At the same time, I’m so excited’ ;)

‘Three in one’ Bukan setakat mendapat pengalaman, dapat juga ilmu berkaitan penulisan dan dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim dengan sahabat-sahabat dari Negara jiran kita ni serta melihat serba sedikit budaya masyarakat mereka.‘so nice’. Aku berpeluang mendengar seminar dari seorang penulis yang tidak asing lagi dari Indonesia ‘Ibu Pipiet Senja’. Aku macam pernah dengar nama pena tu, tapi tak kenal. Aku ni memang tak minat novel. Apatah lagi mahu menulis “jauh panggang dari api”,hihi. 
Hari ni hati aku telah dicuit-cuit serba sedikit rasa minat untuk mencubanya. Ibu Pipit Senja memang seorang yang ‘energic’. Aku dapat rasa auranya. Walaupun aku kurang faham bahasanya, aku cuba meneliti setiap bait kata yang ku dengar untuk memahami apa yang nak disampaikan. Sambil2 tanyalah kawan. Matlamat penulisannya sangat jelas. Misi dakwah dalam bidang penulisan yang cukup murni. Bidang karya penulisan memang rancak berkembang di Indonesia berbanding dari negara kita Malaysia. 

Dengan penulisan saja fahaman Islam sebenar semakin berkembang pesat di sana. Ternyata penulisan Ibu Pipiet Senja, Abiburahman dan beberapa nama lagi yang aku pun tak berapa pasti, sangat tegas prinsip penulisan mereka. Mendidik jiwa-jiwa muda yang telah mati dalam kelalaian serta mengajak ke arah menegakkan Islam bersama-sama mereka.
Ada peluang akan datang boleh pi lagi…


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Thursday, March 24, 2011

Konspirasi Najib


Baru pi usrah semalam. Dapat banyak ilmu.. di majlis ilmu..
Sedikit perkongsian dari usrah saya semalam...

Pemimpin ada 3 jenis ; pertama Malik at-Tobi’in iaitu pemimpin yg meletakkan logik akal di depan mengatasi segalanya, kedua Malik as-Siasi iaitu pemimpin yg menggunakan konsep ‘isme’ seperti liberalisme dan hedonisme. Maka yg terakhir ialah Malik ad-Dini iaitu pemimpin yg menyusun serta mengatur pemerintahan bersandarkan hukum Allah.
Nak merasai pemerintahan di bawah pemimpin jenis yg ke-3 belum lagi. Aku pun tak tahu, yg penting kita berusaha ke arah pemerintahan yg ke-3 ke arah Khilafah Islam. Apatah lagi melihat situasi sekarang ini di Malaysia. Pemimpin kita sangat jauh dari Islam. Hanya pura-pura sebagai pemimpin di negara Islam. Sekejap Islam begini, sekejap Islam begitu. Begitulah orang yg sombong dgn Allah, tak mahu ikut syariat yg tersedia ‘perfect’. Olah sana, olah sini, jadi kolah.
Berita di tv sekarang ni memang menyakitkan mata, membengitkan telinga yg mendengar. Dato’ Anwar Ibrahim seperti pemimpin dan penjenayah paling kejam di Malaysia. Dituduh itu dan ini berlarutan dari tahun 1998. Sekarang ni video seks, lepas ni apa? Jom main teka teki.. Najib, Abdullah dan Mahathir pula manusia yg baik. Pemimpin contoh. Semua konflik yg dikaitkan dgn mereka dikatakan bukan atas restu dan tersilap.
Maruah mereka mesti dijaga.. what’s that? mereka terlupa skit dalil “fitnah itu lebih besar daripada membunuh” (al-Baqarah, 191). Medan pilihanraya dah dekat, so akan makin rancak kospirasi pimpinan2 BN ni.
”Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan bohong (terhadap Aisyah) ialah sekumpulan diantara kamu. Janganlah kamu kira, bahawa itu kejahatan bagimu, bahkan kebaikan bagimu. Tiap-tiap orang di antara mereka menanggung dosa yang diperbuatnya. Orang yang membuat dosa yang besar di antara mereka, untuknya siksa yang besar pula.”
(Surah An-Nur – 11).
Wassalam ;).


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Tuesday, March 22, 2011

Revolusi di Mesir,,



Bagaimana keadaan di Mesir sekarang?
Bagaimana pula pemerintahan kerajaan di Mesir?

Sebelum bermula fasa cuti haritu, aku ingat, ketika itu krisis yang berlaku di negara Mesir sangat hebat. Seluruh dunia tersentak, tapi tak lupa juga ada yang lena. Tidak mengambil peduli.

Kita lihat perhimpunan besar rakyat Mesir akhirnya menumbangkan kerajaan di bawah genggaman Husni Mubarak. Protes daripada rakyat sememangnya merupakan desakan terbesar. Suara majoriti rakyat yang tidak tahan lagi dengan cengkaman pemerintahan Mubarak, lantaran desakan keperluan hidup, tempat tinggal dan sebagainya. Keadaan semakin genting dengan terlepasnya 5000 banduan. Polis pula tidak lagi menjalankan tugas mereka. Rakyat negara lain yang berada di Mesir turut merasai pengalaman yang cemas ini.

Apatah lagi, satu ketika Mesir menutup rangkaian sosial, twitter dan facebook melalui penutupan internet. Semua sistem telekomunikasi juga disekat termasuk mesin ATM dan telefon. Pelbagai cara juga digunakan pelajar Malaysia di Mesir yang berusaha menembusi alat komunikasi lain bagi memberi perkhabaran situasi sebenar mereka di sana yang semakin cemas. Gambaran itu tidak sama dengan apa yang aku baca dalam berita di akhbar yang ketika itu mengatakan keadaan pelajar Malaysia di Mesir selamat. Akhirnya barulah misi mengeluarkan pelajar Malaysia yang berada di Mesir rancak dijalankan dengan menggunakan pengangkutan laut dan darat. Akhirnya Mesir sekarang di bawah pemerintahan ketenteraan.

Sekarang, pelajar Malaysia dah pulang semula ke Mesir. Paling awal kuliah mereka bermula pada 12 Mac yang lalu. Sempat juga aku berjumpa dengan beberapa orang sahabat yang belajar di Mesir sebelum mereka pulang semula ke sana. Semoga mereka selamat dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. 

Bagaimana keadaan kerajaan Mesir selepas ini masih lagi dalam paras keraguan. Kita doakan negara Mesir ya.  ;)

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”