Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Wednesday, June 22, 2011

Dia pernah memujiku

Minggu lalu aku telah menerima khabar yang menyedihkan. Seorang pendidik yang aku segani suatu ketika dahulu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ya dia adalah guru aku ketika berada di tingkatan satu. Mengajar subjek yang aku gemari, bahasa Arab dan Al-Quran (hafazan & tilawah).

Sememangnya beliau merupakan seorang guru yang amat digeruni ketika itu dek kerana kegarangan dan ketegasan beliau. Rotan sentiasa berada di sisinya ke mana-mana sahaja kerana beliau juga guru disiplin. Jadi jangan cuba-cuba cari pasal, nanti kenalah padahnya. Ramai yang dah kena penagannnya tu.

Satu perkara yang tak dapat aku lupakan hingga kini ialah pujiannnya pada aku. Ketika itu di dalam kelas Al-Quran. Apabila selesai saja aku mendengarkan bacaan aku beliau memandangku dan mengukirkan senyuman. Aku mula kehairanan. Terus beliau berkata “ Sedap suara enti, bacaan enti lancar dan bagus “, ujarnya dengan nada memuji. Aku terus senyum tersipu-sipu malu. Tak sangka ustaz yang garang ni, senyum kat aku dan puji aku. Pujian itu di depan umum, itulah yang membuatkan aku rasa segan.


Selepas itu pujian yang sama beliau lemparkan dalam kelas-kelas yang seterusnya, tetapi kali ini secara personal depan aku saja. Beliau tahu aku segan.. Segala kelebihan adalah datangnya dari Allah yang maha kuasa bukan kebanggaan manusia. Bukanlah niat aku ingin 'angkat bakul' tetapi sekadar berkongsi kenangan manis aku. Manusia mempunyai banyak pandangan pada kita, tetapi pandangan Allah itu yang lebih utama. Terima kasih kepada ustaz atas pandangan dan pujian tersebut.

Sungguh, aku rindu pada raut wajahnya, suaranya, dan rotannya. Ustaz Zaki dalam kenangan. Aku tidak berkesempatan melawatnya di hospital ketika beliau sakit. Sekadar aku mendengar khabar sahaja dari teman-teman yang telah melawat. Tiada yang mampu halang apabila takdir Allah mengatasi segalanya.

Jasa seorang pendidik sepertimu amat bernilai. Segala ilmu, tunjuk ajar, serta tegurannya amat aku hargai. Tentu sekali ada kesan positif pada diriku atas semua jasanya itu. Takziah buat arwah Ustaz Zaki bin Mokhtar.
Wassalam.

*p/s:Dunia ini hanya persinggahan sementara bagi semua manusia. Padanya kita datang, kepadanya kita kembali*

 Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..


Tuesday, June 7, 2011

Kerja baruku ;)

Pagi, kadangkala 'overtime' sampai malam. Itulah kerja baruku sebagai guru. Menjaga dan mengajar kanak-kanak memang agak memenatkan. Aku sangat sukakan budak-budak, yang lagi kecil lagi suka. Tapi memang menguji kesabaran. Suaraku ni yang menjadi mangsa keadaan, terpaksa menjerit selalu tegur dan marah. Itulah aku, yang tidak memiliki suara yang kuat,suara aku yang sedikit lembut menurut kata orang ini sudah semakin kehabisan.

Teruslah aku berusaha belajar menjerit sikit, supaya jadi garang. Jika tak mereka memang tak takut dengan aku. Tidak mengapa! aku cuba yang terbaik walaupun sementara saja kerja. Seronok lagi bekerja dari tiada kerja nak buat.Pengalaman memang amat bernilai. Lepas SPM dulu pernah aku bekerja sebagai kerani di sekolah dalam masa yang sama ‘handle’ sukan. Jadi kerani lebih memenatkan, sebab duduk depan komputer saja, dan tangan lebih banyak bergerak, anggota lain diam saja. Apapun semua pekerjaan ada kelebihan dan kelemahan. Apa yang dilakukan mestilah ikhlas dan positif. Sampai bila kerja aku ni ya? tengoklah gane. Sebelum sambung belajar di mana-mana 'U' Okey, itu saja..caw2 dulu..
Wasssalam ;) 

 Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Saturday, April 9, 2011

Menulis...Yook!



Terima kasih! Itulah ungkapan dari bibir yang mampu aku ucapkan hari ini kepada Rafidah. Sahabat satu Kolejku. Bersama kami juga rakan dari Indonesia yang belajar di KUIS juga. Pelawaan yang membawa aku bersamanya menimba satu lagi pengalaman indah dalam hidup, sememangnya mebuatkan aku merasa cukup bertuah hari ni.. Ada dua tawaran dari sahabat pada hari ini yang mempelawa, tapi orang & tempat yang berbeza. Cuma aku memilih, siapa cepat dia dapat!
Aku seperti seorang yang sangat jakon gitu. Tidak menyangka kaki ni dapat menjejak ke dalam Kedutaan Indonesia di Malaysia. Tidak sangka langsung kerana aku sangka tempatnya di PWTC. Sampai dan masuk saja aku rasa macam ada di Indonesia. Darahku mengalir deras, sebab ‘majority are Indonesian’. Mataku melilau-lilau melihat sekeliling. Ish..sebenarnya aku segan sangat. Malu bangat! ‘At the same time, I’m so excited’ ;)

‘Three in one’ Bukan setakat mendapat pengalaman, dapat juga ilmu berkaitan penulisan dan dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim dengan sahabat-sahabat dari Negara jiran kita ni serta melihat serba sedikit budaya masyarakat mereka.‘so nice’. Aku berpeluang mendengar seminar dari seorang penulis yang tidak asing lagi dari Indonesia ‘Ibu Pipiet Senja’. Aku macam pernah dengar nama pena tu, tapi tak kenal. Aku ni memang tak minat novel. Apatah lagi mahu menulis “jauh panggang dari api”,hihi. 
Hari ni hati aku telah dicuit-cuit serba sedikit rasa minat untuk mencubanya. Ibu Pipit Senja memang seorang yang ‘energic’. Aku dapat rasa auranya. Walaupun aku kurang faham bahasanya, aku cuba meneliti setiap bait kata yang ku dengar untuk memahami apa yang nak disampaikan. Sambil2 tanyalah kawan. Matlamat penulisannya sangat jelas. Misi dakwah dalam bidang penulisan yang cukup murni. Bidang karya penulisan memang rancak berkembang di Indonesia berbanding dari negara kita Malaysia. 

Dengan penulisan saja fahaman Islam sebenar semakin berkembang pesat di sana. Ternyata penulisan Ibu Pipiet Senja, Abiburahman dan beberapa nama lagi yang aku pun tak berapa pasti, sangat tegas prinsip penulisan mereka. Mendidik jiwa-jiwa muda yang telah mati dalam kelalaian serta mengajak ke arah menegakkan Islam bersama-sama mereka.
Ada peluang akan datang boleh pi lagi…


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”