Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Thursday, January 12, 2012

Khabar dari Jordan (2)

Oh! Tanah gersang.. Oh! Padang pasir..



Dari kucupan terakhirku buat umi dan abah, lambaian terakhir dari mereka, semuanya masih segar di ingatan. Terkapai-kapai umi dan abah serta adik-adikku, di celahan ibu bapa rakan-rakan yang lain untuk melihat kelibat aku memasuki kawasan 'check in' . Aku ni mahu terbang jauh. Excited pun ada. Tapi... hati masih bernada sedih. Bukan mahu ke Kelantan, mahupun ke Sabah. Bukan juga ke Thailand. Tetapi aku akan ke Jordan.

Perjalananku sangat 'extrem', mengundang mabuk pada diri, dari awal penerbangan, transit di Dhoha, hingga tibanya di Jordan. Menahan...menahan...dari muntah. Sudah tiba... Oh! tanah gersang. Setelah itu, berjam-jam menunggu kedatangan bas yang dipanggil 'coaster'. Cabaran pertama bersama Arab Jordan. Naik turun 'coaster' berkali-kali, sambil mengangkut beg bagasi. Bukan aku yang angkat. Golongan lelaki-lelaki yang angkat. Aku budak mentah yang masih tak mengerti. Ikut saja kata seniour. Katanya tadi ada problem skit dengan Arab ni.

Maka mulalah perjalanan menuju ke Mu'tah. Tempat aku bakal hidup dan belajar. Permulaannya melalui kawasan bandar, kemudian sepanjang perjalanan dihiasi pemandangan padang pasir yang luas. Oh! padang pasir. Terkesima... Berkata-kata hatiku, "Cantik juga ya". Aku tersenyum sendiri. Aku asyik melihat pemandangan di luar ditemani angin yang nyaman. Seniour-seiour pula ringan mulut, bercerita serba sedikit berkaitan Jordan. Setelah setengah jam perjalanan, letih dan mengantuk semakin terasa.

Pekan?? Akhirnya sampai. Sempat juga lelapkan mata. Hampir 2 jam perjalanan. Pen-pen!! Pon-pon!! Bunyi hon bertali arus. Dup dap..dup dap.. tiba-tiba aku berdebar. "Tak da apa dik, kat sini memang macam ni, hon-hon ni biasa", kata kak Murni dan kak Nawar. Merekalah seniour yang sambut aku dan rakan-rakan JAIS Mu'tah dari airport tadi. Coaster berhenti betul-betul di hadapan rumah persatuan. Sudah kelihatan beberapa orang pelajar melayu berlegar-legar di kawasan ini. Beberapa orang seniour sedang menunggu di bawah bangunan rumah persatuan yang dikelilingi kedai.

Kami turun dari coaster dan disuruh naik terus ke rumah persatuan. Beg dan barang-barang ditinggalkan saja. Seniour-seniour akan uruskan. Sungguh!!! rasa terharu. Baiknya kawan-kawan kat sini. Sempat aku beramah mesra dengan seniour yang ada di rumah persatuan yang dipanggil PUSKMA(Pusat Khidmat Mahasiswa Mu'tah). Setelah menjamu selera dan solat, ada sedikit taklimat. OK! fine.. mata makin layu. 

Ohhh.... baru tahu. Rupa-rupanya kami rombongan pelajar yang pertama tiba pada sesi ni. Paling awal rupanya. 5 orang saja pelajar under tajaan JAIS yang ke mantiqah Mu'tah ni. Mantiqah Mafraq paling ramai. Kata seniour, malam ni akan sampai ketibaan kedua rombongan pelajar , iaitu dari Perak. Tak sabar rasanya nak jumpa dengan kawan-kawan lain yang bakal tiba. Wait and see.

Bersambung..


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

No comments:

Post a Comment

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”