Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Sunday, November 22, 2009

Mencatat: Hutang vs Hadiah

 
 Hutang, suatu perkara yang kadang kala diremeh-remehkan oleh kita. Hakikatnya kepentingannya sangat-sangat jelas dalam kehidupan kita. Terdapat beberapa perkara yang penting berlegar disebalik hutang yang perlu kita ketahui.

Islam menggalakkan umatnya menulis hutang dan disertai dengan saksi bagi mengelakkan pertikaian, lupa dan yang paling berbahaya adalah menemui kematian dalam keadaan tiada siapa yang sedar akan hutang kita yang masih tidak berbayar.

Jika ketika berhutang memerlukan tulisan atau catatan, demikian juga tatkala ianya di'halal'kan atau dalam kata lain, disedeqahkan oleh si pemberi hutang.

Disebutkan dalan ayat al-Qur'an,
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis" ( Al-Baqarah : 282)

 
Apabila kedua-dua amalan yang diajar oleh Islam ini tidak diaplikasikan, perkara seperti di atas mudah berlaku. Dalam konteks Islam, ketika hutang itu telah dihalalkan secara lafaz atau sms oleh si pemberi hutang,bermakna pemberi hutang telah memberi sedeqah atau derma kepada anda.

Konsep menghalalkan hutang sehingga menjadi sedeqah ini dipuji oleh Allah s.w.t dalam ayat berikut :-
وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertiya : Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )
 
Jadi, ketika si pemberi hutang telah menghalakan hutang itu, aqad ‘hibah' atau sedeqah telah terjadi dengan sempurna, kerana antara syarat utama sah hibah dan sedeqah adalah ‘qabadh' atau penerimaan hadiah. Maksudnya jika jiran saya berkata dia ingin menghadiahkan motorsikalnya kepada saya, tiba-tiba sebelum sempat ia menyerahkan kuncinya, ia telah meinggal dunia, tatkala itu, hibah belum sempurna dan saya tidak boleh menuntut hadiah itu kerana saya masih belum terima atau ‘qabadh' motorsikal tu. Itu menurut pendapat ulama' mazhab kecuali Maliki.'Qabadh' motoriskal adalah melalui terimaan kuncinya.
 
Dalam kes hutang, kita telah pun 'qabadh' wang itu kerana ia pada asalnya adalah hutang. Tatkala itu peneirmaan hadiah telah sempurna milik kita.

Jika, si pemberi hutang menarik semula hadiahnya atau apa yang telah dihalalkan. Pendirian Islam dalam hal ini adalah seperti berikut :-

1) Sabda Nabi s.a.w
الْعَائِدُ في هِبَتِهِ كَالْكَلْبِ يَعُودُ في قَيْئِهِ
Ertinya : "Orang yang meminta kembali hadiahnya adalah seperti anjing yang menjilat muntahnya" (Riwayat al-Bukhari, 2/914)

Imam Ibn Hajar berkata terdapat tafsiran yang menyebut bahawa penyerupaan sebegini membawa erti meminta kembali hadiah adalah haram. Namun begitu, untuk anjing menjilat muntahnya adalah tidak najis maka ini tidaklah haram. 

Imam Ibn Hajar menyimpulkannya dengan mengatakan bahawa hadis ini cukup memberikan erti jelas kebencian melampau Islam bagi seseorang bertindak meminta kembali hadiah yang telah diberikannya sehinggakan menyamakannya dengan anjing menjilat muntah. (Fath bari, 5/235)
Nabi juga bersabda :
ليس لأحد أن يعطي عطية فيرجع فيها إلا الوالد فيما يعطي ولده
Ertinya : Tiada sesiapa pun apabila ia telah memberikan sesuatu hadiah kemudian ia menuntutnya kembali kecuali bagi bapa yang memberi sesuatu hadiah kepada anaknya ( Riwayat Tirmizi; Hadis Hasan)

2) Bagi sesiapa yang memberikan hadiah atau pemberian dengan syarat orang yang menerima memulangkannya dengan lebih banyak. Ia pula dikira sebagai Riba sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas r.a
الربا هو أن يعطي الرجل عطية ليعطى منها أكثر
Ertinya : "Dikira riba adalah apabila seseorang memberi hadiah kepada yang lain sambil disyaratkan memulangkan kembali kepadanya dengan hadiah yang lebih banyak"
 

Dalam kes ini jika keluarga dan individu yang menghalalkannya, menafikan ‘halal' yang telah diberikan dan kembali menuntut hutang dan memburukan kita pula.

Jika telah sampai ke peringkat itu dan kita telah berusaha memahamkannya dari sudut hukum Syariah tetapi ia berdegil, adalah lebih baik jika anda berusaha membayar jumlah ‘hutang yang dihalalkan itu', hukum haram dan dosa hanya akan ditanggung oleh mereka kerana dikira memakan harta orang lain secara haram.

Rujukan penuh- Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.

No comments:

Post a Comment

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”