Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Thursday, November 5, 2009

GMS-Yuran mesti turun ..





ASSALAMUALAIKUM..

Salam ukhwah sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman & bertaqwa.Mari sama-sama kita panjatkan kesyukuran pada Allah atas segala nikmat yang diberi-Nya kepada kita selama ini..terlalu banyak..hanya terpulang pada kita untuk memanfaatkannya.Kita lihatlah,fikirlah,telitilah, kajilah dan nilailah segala-galanya yang berada di sekeliling kita.


Kali ini saya ingin menyentuh isu yang hangat diperkatakan di kampus saya pada ketika ini,iaitu isu yuran.Isu ini bukanlah baru sehari dua diperkatakan.Malah sejak beberapa tahun yang lalu lagi.Pelbagai rundingan telah dibuat oleh pelajar dan pimpinan-pimpinan pelajar bagi menurunkan harga yuran, tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbiran kita. Mereka seolah-olah memekakkan telinga dan membisukan mulut.Ada saja alasan dan fakta yang mereka akan keluarkan bagi membidas segala hujah dan fakta yang dikemukan oleh kita selaku mahasiswa.Sebelum ini mahasiswa hanya pandai mengutuk,mengkritik dan mencaci kenaikan harga yuran serta sistem pentadbiran yang tidak proaktif hanya ketika berbual-bual di bilik hostel,”cafĂ©” serta tandas,tetapi tiada apa-apa tindakan yang mereka berani lakukan. Sekarang, kita perlu memacu perubahan untuk sama-sama kita mengangkat suara mahasiswa sebagai suara majoriti,kita gemakan kampus kita dengan laungan “turun yuran”, sebagai tanda protes kita kepada pihak pentadbiran yang zalim ini.Mahasiswa tidak perlu lagi menjadi ‘Pak Turut’ kepada pihak pentadbiran ,kerana kita ada akal dan otak.Jadi Mahasiswa perlu matang dalam berfikir dan bertindak,jangan hanya jadi ‘katak di bawah tempurung’ sahaja.Jangan hanya pandai merungut dan bercakap,tetapi bertindaklah segera.Kita sebagai mahasiswa perlu cakna dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita.

Lantaran itu, Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang baru sahaja ditubuhkan adalah bagi mengumpul suara mahasiswa,menyatukan mahasiswa untuk sama-sama mengugut serta mendesak pihak pentadbiran menurunkan harga yuran serta kita menuntut hak kita sebagai mahasiswa.Kita lihat sahaja sahabat-sahabat di sekeliling kita,tidak semuanya dalam kalangan keluarga yang kaya dan mampu.Mereka terdiri daripada berbagai latar belakang. Ada yang bapanya bekerja sebagai petani dan ibu hanya seorang suri rumah serta memiliki adik-beradik yang ramai.Mereka tidak mampu untuk membayar yuran dengan segera.Malah ada di antara sahabat kita yang hanya makan sekali sehari,semata-mata untuk menahan perut dari berbelanja lebih.Ramai juga mereka yang bekerja sambilan dan pulang lewat semata-mata bagi menampung kewangan untuk membayar yuran yang terlalu tinggi ini.Tidak lupa juga sahabat-sahabat yang tidak mampu untuk membeli buku yang diperlukan dalam pengajian.Bagaimana pula yang terpaksa berhenti serta-merta kerana tidak mampu lagi untuk bertahan meneruskan pengajian di sini semata-mata atas masalah kewangan yang menyelubungi mereka. Jika ingin dikeluarkan fakta,banyak sahaja yuran dan “charge” yang dikenakan yang langsung tidak relevan yang menindas kami sebagai mahasiswa.Melihat dari segi pengangkutan,kediaman sehinggalah akademik ,ada sahaja yuran yang tidak relevan serta pekhidmatan “low class” yang tidak setanding dengan bayaran yang dikenakan.Kami juga sebagai mahasiswa yang sedar, masih mengkaji bagi melihat kebenaran ini.


Oleh itu,jangan biarkan kita dihentam oleh pentadbiran yang “jumud” itu.Mari sama-sama kita berpadu tenaga & mencantum idea bagi satu tujuan,satu matlamat ,satu suara bagi menjaga kebajikan mahasiswa Kolej Universiti Antarabagsa Selangor(KUIS).Walau apapun tentangan yang diterima gerakan ini akan tetap teguh,tetap akan diteruskan sehingga berjaya berada di kemuncaknya,iaitu yuran mesti turun.Kita doakan semoga pentadbiran yang megah di tempatnya itu berlembut hati,dan mahasiswa sedar peranan mereka.Walaupun penurunan yuran tidak kami rasai pada masa ini,semoga impaknya tetap akan dirasai oleh generasi akan datang.Sesungguhnya Islam benci kepada penindasan dan kezaliman. Allah akan bersama orang- orang yang dizalimi.Tunggu saja semboyan dari kami wahai mahasiswa KUIS. “Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”. “Berani kerana benar,takut kerana salah”.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”