Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Saturday, March 28, 2009

Calon Pas Bukit Gantang : ada x-factor



Ditulis oleh Intan Abdullah
Jumaat, 27 Mac 2009 06:43


KUALA LUMPUR, 27 Mac - Calon Pakatan Rakyat yang diwakili PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin dipercayai mempunyai x-factor bagi membantu mempertahankan kemenangan kerusi tersebut.

Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berkata pihaknya yakin bahawa kelebihan faktor yang dimiliki oleh Menteri Besar Perak itu merupakan faktor tambahan kepada PAS untuk mengekalkan kerusi tersebut di pangkuan Pakatan Rakyat.

"Saya yakin beliau akan diterima oleh pengundi-pengundi Bukit Gantang di semua peringkat dan kaum," katanya kepada Harakahdaily.

Apatah lagi ujarnya Nizar merupakan seorang yang semakin dikenali dan dihormati selepas dilantik menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

"Beliau juga semakin dihormati, popular, disenangi oleh kawan dan lawan malah banyak perubahan serta pembangunan yang dilaksanakan sejak menjadi Menteri Besar Perak.

"Nizar juga cukup dikenali dengan perjuangan beliau memartabatkan hak rakyat,"ujarnya.
Menurut Kamaruddin lagi, dengan sokongan padu orang-orang Melayu dan bukan Melayu khususnya masyarakat Tionghua yang ditunjukkan dalam majlis pengumuman calon pada 23 Mac lalu ianya merupakan signal awal kemenangan PAS pada 7 April nanti. - harakah

Sunday, March 15, 2009

Doa buat Srikandi Islam ..



Ya Allah, izinkanlah aku berdoa untuk sahabat2ku kaum wanita..

Ya Allah..
Engkau telah anugerahkan limpahan kecantikan padanya, 

Maka jadikan keindahan hati dan akhlaknya melampaui kecantikan wajahnya

Engkau telah sentuh hatinya tuk menutup auratnya, 

Maka jadikan penutup auratnya memperindah cahaya aura taqwanya

Engkau telah indahkan senyumnya,

Maka, jadikan senyumnya selalu terkembang tuk menghiasi rumah tangganya

Engkau telah tanamkan ilmu dan kepintaran pada aqal budinya,

Maka, jadikan aqal nya meninggikan derajatnya

Engkau telah memberikan kekerasan hati padanya,

Maka, jadikan kekerasan hatinya menjadi keteguhan tekad dan ketegaran bagi mimpinya, namunsisihkan kelembutan tuk mendidik anaknya dan menjaga keluarganya

Engkau telah tanamkan iman dan taqwa ke dalam hatinya,

Maka jadikan keimanan dan ketaqwaan yang istiqomah menjadi jiwa kecantikannya

Jadikanlah jiwa raga dan kalbunya menjadi wanita solehah..
Sandingkan lelaki soleh menjadi suaminya..
Tanamkan jiwa pejuang sejati dalam rahimnya..
Jadikanlah keluarganya menjadi keluarga Sakinah Mawaddah Warrahmah..
Jadikanlah akhir hidupnya kembali padaMU dengan khusnull khotimah ..

Amin ..

Saturday, March 14, 2009

Isu PPSMI- PAS Bukan Dalang,Tapi Pejuang







Written by WanKay & SM Noor
Friday, 13 March 2009 00:11

Kuala Terengganu – Tidak mungkin para profesor, berpuluh-puluh orang profesor, diketuai oleh Datuk Dr Hassan Ahmad, Profesor Dr Shahrir Md Zin, Profesor Ameritus Dr Abdullah Hassan, Prof. Dr. Awang Sariyan, Profesor Dr. Nik Safiah Karim, A. Samad Said (Sasterawan Negara)

Dato' Dr. Anuar Ridzuan dan ramai lagi, semuanya sanggup dijadikan dalang dan ditunggangiDemikian soal Ketua Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik ketika menolak kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Razak bahawa bantahan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) didalangi pembangkang. (Gambar - Ustaz Abu Bakar, kiri sekali, bersama Jawatankuasa GMP menyerahkan memorandum kepada Meneteri Pelajaran)Menurutnya PAS sudah memperjuangkan isu PPSMI sejak ia mula dilaksanakan tahun 2003 dimana anak kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat Prak, Dato’ Seri Nizar Jamaludin telah menyaman kerajaan kerana melaksanakan dasar tersebut.

Beliau berkata dalam keadaan sekarang, PAS meneruskan perjuangannya membantah dasar tersebut dan kemudian timbul Gerakan Mansuhkan PPSMI yang dipimpin oleh Bekas Ketua Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hassan Ahmad. “Tinggal lagi kebelakangan ini muncul gerakan GMP, Gapena juga diambil perjalanan oleh Dr, Ismail Husin dan bepluh-puluh pensyarah di universiti mengambil perjalanan, mereka bergerak dalam konteks untuk mencari sokongan,“PAS sudah ada (berjuang) jadi PAS menawarkan apa-apa kemudahan, sebab ia memang selari dengan hasrat (perjuangan) PAS, kemudian mereka nak pinjam pentas PAS, nak minta bantuan, kita tolonglah,”jelas beliau dalam sidang media di sini semalam.Katanya terpulang kepada pihak tertentu yang melihatnya sebagai agenda politik, pendirian PAS melihat PPSMI tiada jalan (ruang) untuk kerajaan laksanakan.Katanya dasar tersebut yang dilaksanakan tergesa-gesa perlu dihentikan kerana ia bercanggah dengan perlembagaan, dengan akta pendidikan, dengan suara rakyat dan bercanggah kaedah pembangunan kokurikulum.

“Yang sebenarnya kita (PAS) yang diperalatkan oleh GMP kalau nak dikatakan diperalatkan oleh GMP pun, kita sanggup diperalatkan,“kalau sekiranya ‘bahasa’ nak diperalatkan itu hendak dipinjamkan, PAS begitulah, Kita akan turun lagi, kalau sekiranya GMP perlukan kita,”tambah Ustaz Abu Bakar apabila ditanya adakah PAS yang diperalatakan dalam isu PPSMI ini.Katanya, sebagai parti politik, PAS sentiasa menyokong dan memimpin perjuangan rakyat dinegara ini dan bersedia menawarkan bantuan kepada mana-mana pihak.Terdahulu, beliau memaklumkan, Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan akan membuka satu platformmembincangkan isu pendidikan negara dalam Seminar Pendidikan Islam Kontemporari Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Tok Jiring, Sabtu dan Ahad ini.

Menurutnya, seminar berkenaan bertujuan melihat permasalahan pendidikan di Malaysia yang tidak mantap terutama dari aspek kerohanian memandangkan masih ramai tidak bersikap amanah sebaik memasuki alam pekerjaan. Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan dalam seminar dua hari itu oleh tokoh-tokoh pendidikan daripada PAS untuk mencari resolusi dalam usaha membantu memantapkan pendidikan negara

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”