Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Thursday, March 12, 2009

PPSMI : Celaru fikiran Najib dalam perjuangan bahasa

H Fansuri Sat Mar 07, 09 7:09:42 pm MYT
Hari ini (7 Mac), rakyat berhimpun di Istana Negara, maka semalam (6 Mac) diadakan acara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2009 di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Acara Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri itu tentulah dirasmikan sendiri oleh TPM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Pidato dalam bahasa Melayu itu menampilkan beberapa pemidato luar negara; Amerika Syarikat, United Kingdom, dan lain-lainnya seperti Azerbaijan, Kyrgystan dan China yang berhampiran Mongolia.

Sehingga rencana ini ditulis, belum dapat dipastikan adakah Mongolia mengirim pesertanya dalam pidato itu. Jika tidak dihantar wakil sekali pun, tidaklah diketahui apakah alasan negara tersebut. Apa pun, yang amat penting di sini bukan mengenai hadir atau tidak wakil Mongolia itu. Itu perkara kecil sahaja.

Paling penting ialah, ucapan Najib ketika merasmikan acara berkenaan dan sikap pejuang bahasa yang memulaukan acara itu malam tadi.Sesiapa yang perasan, tentulah menyedari bahawa, sebelum ini, ada kelibat Sasterawan Rakyat Dato' A Samad Said dalam acara pidato itu pada tahun-tahun sebelumnya (tidak salah saya, tahun lepas). Kemudian, Prof Awang Sariyan juga telah pun hadir dalam acara itu termasuk beberapa tokoh yang lain.

Tapi, tahun ini, ketika Najib sedang berkelentong seolah-olah dirinya pejuang bahasa dalam majlis pidato itu, Dato' A Samad Said dan lain-lain tokoh bahasa telah berada di tempat-tempat yang tiada lagi pendingin hawa, sebaliknya mereka berada bersama rakyat di Taman Melewar kerana esoknya mereka mahu berpencak silat di depan pagar Istana Negara.

Mereka telah memulaukan acara Najib malam tadi di PICC Putrajaya bersama pimpinan negara dan kini turun bersama-sama rakyat. Apa sudah jadi? Apa sudah berlaku?
Laporan akhbar menyebut bahawa kerajaan begitu komited untuk terus memperkembangkan kepentingan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara ini.

Najib berkata, walaupun bahasa Inggeris diberi ruang dalam sistem pelajaran, kerajaan tidak akan berganjak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara pendidikan di negara ini.
"Kita akan terus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara ini. Suka saya mengungkap kata-kata Pendeta Zaaba lebih 50 tahun yang lalu bahawa 'patutlah bahasa Melayu dilayakkan dari selangkah ke selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula'.

"Begitulah juga pujangga tersohor Melayu, Munsyi Abdullah telah membuktikan bagaimana perkembangan bahasa Melayu boleh dilaksanakan dengan tindakan proaktif beliau terhadap penggunaan teknologi percetakan yang berkembang maju di zamannya," katanya.

Kepada siapa Najib mahu berbohong? Mongolia? Kalau Zaaba masih hidup, tentu Najib disumpah menjadi batu oleh pendeta tersebut. Jika Munsyi Abdullah masih hadir di sisi kita, Najib teruk diseranah oleh tokoh persuratan itu sebagai anak bangsa yang sudah mengkhinati perjuangan bangsanya sendiri dalam memartabatkan bahasa.

Pidato bahasa Melayu di peringkat antarabangsa baru-baru ini bukanlah mencerminkan Najib sebagai pejuang bahasa. Tapi hal itu cukup panjang pula bahasannya. Kalau ada kelapangan waktu, kita akan ulas hal itu kemudian, insya Allah.

Yang menarik perhatian saya dan mungkin dapat dibahaskan sekarang ialah mengenai kehadiran kumpulan yang menyokong PPSMI dalam kalangan cendekiawan, ibu bapa dan guru ini. Singkatan nama mereka ialah Page. Saya tidak dapat pastikan adakah nama ini singkatan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”