Inilah pengalaman pertama bermain futsall. Main pertandingan terus.. Di Jordan pun boleh main futsall tau. Masa di
Malaysia pun belum pernah berpeluang main futsall begini. Main sepak-sepak bola secara
kampung saja ada lah sikit-sikit.
Peluang yang cukup berharga. Terasa manisnya
bermain apabila ukhuwah dapat disimpul erat sesama kami. Apatah lagi bacth yang kami wakili, bacth tahun 2,
REONIS, dapat menjadi juara Liga Futsall Helwanis(akhowat) ini. Alhamdulillah. Rezeki… Persaingan sangat sengit pada perlawanan final ketika
bertemu dengan bacth INSPIRE tahun 1 hingga membawa kepada sepakan penalti.
Kami menang pada sepakan penalti sebagai
penentuan kejuaraan.
Bermain ‘game’ secara berkumpulan dalam sukan ini, perkara yang penting adalah strategi & semangat kerjasama
berpasukan yang mantap, samada sukan bola jaring, bola sepak, sepak takraw,
ping-pong dan badminton. Satu
kumpulan mesti sepakat. Macam dalam perang. Jika tak bersatu, pasti susah nak tumbangkan musuh. Buat yang terbaik. Menang atau kalah serahkan pada-Nya. Banyak perkara kita boleh dapat
dengan bersukan. Bersukan kerana Allah. Cukup indah.
(Bergambar after main. Dah sopan2)
Pernah persoalan ditimbulkan oleh
seorang kawanku yang tak minat sukan, soalnya "Kenapa bersukan ni ‘best’? Apa yang istimewa sangat bersukan ni ha??
Percaya atau tidak, sukan adalah salah satu mekanisme
tarbiah dan dakwah. Dalam muasafat tarbiah, antara ciri-ciri utama dalam proses pembinaan diri seorang muslim yang disusun oleh Imam Hassan al-Banna, beliau merangkumkan soal kekuatan tubuh badan ‘Qowiyul Jismi’. Antara yang dinyatakan dalam unsur ‘Qowiyul
Jismi’ ini ialah bersih tubuh badan mahupun pakaian, bersih tempat tinggal, menjaga adab makan dan minum sesuai dengan sunnah, komitmen dengan
sukan(menjaga kesihatan tubuh badan), bangun pagi sebelum subuh dan melaksanakan cara hidup yang sihat dalam semua aspek. Penting kan, jadi orang muslim yang kuat tubuh badan?
Sukan juga sebenarnya merupakan wasilah terbaik untuk
berdakwah. Juga tempat menjalinkan ukhuwah Islamiyyah. Malangnya, ramai juga yang mengakui dirinya pendakwah, tetapi
memandang enteng apabila dakwah dikaitkan dengan sukan. Bahkan, bila diajak turun bersama untuk bersukan, ramailah yang menggeleng. Mereka rasa diri mereka hanya sesuai untuk pergi ke masjid, majlis-majlis ilmu dan usrah. Antara alasan yang timbul ialah mereka tak reti bersukan dan sibuk dengan hal-hal lain.
Tak perlu takut bersukan! Tak semestinya orang yang turun bersukan semuanya pandai bersukan. Jika jadi penyokong dan penonton pun dah memadai. Jika kita lihat kembali sejarah hebat perjuangan
Hasan Al-Banna...bagaimana beliau terjun mencari mad'u hingga ke kelab-kelab
malam. Adakah beliau seorang yang pandai menyanyi atau bergelek??

Sukan adalah medan yang luas untuk berdakwah. Di sana terdapat ramai
manusia yang memerlukan kita, menyampaikan kebaikan. Terjunlah ke dalam
masyarakat tidak kira siapa mereka. Tak perlu pun berdakwah secara radikal. Tetapi, mestilah menggunakan uslub yang sesuai di medannya. Cukuplah dakwah bil hal pada permulaan. Hanya tunjukkan contoh yang baik seperti berhenti pada waktu solat, memakai pakaian yang menutup aurat, tidak memaki hamun, elakkan pergaduhan dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Cukup mudah kan? tapi sebenarnya kita dah pun berdakwah. Bagi golongan lelaki pula, perlu juga mengetahui serba sedikit tentang info sukan kerana ia merupakan advantage untuk tackle mad'u yang gila sukan.
Kita boleh menjadikan bekas pemain hoki kebangsaan, Nor Saiful Zaini dan
Nor Azlan Bakar sebagai contoh terbaik. Pernah aku tonton mereka main hoki di TV masa kecik-kecik skit dulu. Handal pun handal. Walaupun
mereka berdua merupakan antara flicker dan pertahanan terbaik
dalam arena hoki antarabangsa, mereka tetap mengekalkan ciri-ciri
seorang Muslim pada diri mereka. Mereka sentiasa menutup aurat dalam apa
jua kejohanan yang mereka sertai, malah mengekalkan imej berjanggut
yang agak sinonim dengan Islam. Tak perlu sampai berjanggut pun, sekadar tutup aurat dan mematuhi syariat Islam dalam bersukan. Secara tak langsung dapat dakwah bil hal. 'Simple' jer.
Jika cukup gagah, melangkah lah lebih jauh lagi selepas itu dengan menggunakan 'uslub' yang lain. Tafadhol.. Seperkara lagi tak dilupakan, wanita pun boleh saja bersukan. Tak pernah dilarang pun. Tapi yang penting tutup aurat. Islam adalah agama yang mudah dan fleksibel (murunah).
Moga-moga sukan futsall terus berkembang dalam
kalangan HELWANIS(pelajar perempuan) di Mu'tah ni. Selepas ini kami pelajar Jordan ada sukan se-Jordan pula. Berentap di medan untuk KARISMA(sukan se-Jordan) pula. Mesti training atlet-atlet Mu'tah ni ya. Mu'tah2!!
"Al-aqlu saleem fi jismi saleem". Jom bersukan!
Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam..
Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..