Khabar Dari Jordan (1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Monday, November 28, 2011

SaLam TahuN Baru HIJRAH



Memaafkan bukan perkara yang mudah, meminta maaf juga bukan perkara yang mudah. Begitulah manusia yang masing-masing mempunyai ego dan kepentingan diri masing-masing. Tetapi yang pasti semulia mana kita rasa diri kita, ego kita harus dibumikan bila berhadapan dengan Allah yang Maha Mulia. Sekecil mana kesalahan kita, apatah lagi jika besar dosa itu taubat adalah perkara yang perlu sangat disegerakan. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita pada tahun yang lalu, dan semoga tahun baru ini kita dlindungi dari nafsu dan syaitan yang direjam.
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

p/s: Semoga kita dapat ilmu berguna untuk kali.

 
Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Kuih Raya & Kopi Hijjaz ",


Ni cerita aku sebulan yang lalu. Buka-buka ‘drawer’ pakaian seperti biasa, nak ambil kopi Barli Hijjaz nak bancuh air. Pelik, cari-cari xda. Tersentak dalam hati aku, “Ya Allah dah habis ke?,rasa macam ada lagi”, aku tak puas hati lagi dan terus mencari dan mencari lagi, dan tiada lagi kelihatan. Keesokan harinya aku buat perkara yang sama.

Rupa-rupanya kopi Barli Hijjaz yang abah bagi, yang aku bawa dari Malaysia memang betul-betul dah habis. Sedih pulak rasanya waktu tu, dah terbiasa minum kopi Hijjaz sejak sampai di Jordan ni. Sedap pun sedap sampai ahli-ahli rumah selalu mintak berpaket-paket. Kesian pulak kat depa bagi jela. Mana tidaknya dah akhir bulan 10 ketika itu. Sedar tak sedar habis lah kopi tu. Kuih raya lagi satu juga, jangan cakap memang dah lama habis sejak aku masih transit di rumah seniour. Tambah-tambah lagi kerap ja makan kuih raya tu. Memang sedap kuih samprit yang umi buat raya yang lepas. Ok, lupakan makanan-makanan dan barang-barang Malaysia.

Emm.. Baiklah sekarang aku dah ada pengganti kopi hijjaz dan kuih raya atau kuih muih di Malaysia. Banyak saja minuman-minuman di sini, yang paling banyak susu dan banyak halawiyat-halawiyat (kuih-kuih) yang sedap-sedap yang semakin aku gemari. Yelah, dah 2 bulan dah di sini, mesti sesuaikan diri dengan keadaan di sini.

Memang sungguh banyak nikmat Allah di muka bumi ini yang kita tidak sedar walau di mana-mana kita berada, tak kira lah di Jordan, Malaysia, Korea, atau India. Kita harus menjadi hamba yang sentiasa bersyukur atas anugerah dan kurniaanNya. Kita manusia memang sering lupa dikala nikmat di depan mata. Jadi, hargilah nikmat dariNya.  Itu saja!..ilal liqo' ",

Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: "Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Surah Ibrahim: 7)

p/s: -Penting untuk kita menyesuaikan diri dengan ‘waqi’ sesuatu tempat termasuk makanan, budaya dan masyarakat setempat.
-Hargailah peluang dan rezeki yang ada di depan mata dengan sebaiknya.
 -Tak semua benda kekal di dunia ini .    


Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

Thursday, October 6, 2011

Khabar dari Jordan (1)


PERLU KE JORDAN

Apa khabar semua?...
Kali pertama aku menulis semula di blog sejak tibanya aku di Jordan. Malah, sejak aku berkursus bahasa arab pun aku sudah berhenti menulis di sini. Sungguh tak sangka, sudah hampir sebulan setengah di sini. Tidak dapat digambarkan kehangatan pengalaman menjejaki tanah syam ini.

Ketika di Malaysia..
Mengetahui tarikh untuk “flight” membuat diri agak terkejut. Tarikh penerbangan yang bertukar-tukar pada saat akhir. Hari raya ke-6 sudah mahu bertolak, bukanlah perkara yang mudah. Itulah kenyataan, itulah yang terbaik. Namun persiapan tetap dilakukan secara sedikit-demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Satu demi satu, dalam masa yang sama persiapan raya dilakukan. Raya pun ‘simple’ je... Segalanya menjadi lebih mudah bila ada yang membantu. 'Apa yang penting?'..kerjasama!’.


Paling penting terima kasih kepada orang yang telah banyak berjasa. Keluarga, adik-adik dan yang paling utama terima kasih tidak terhingga kepada umi dan abah yang banyak berkorban untukku. Syukur juga pada Allah kerana memudahkan segala urusan hambamu. Satu perkara yang tidak dapat aku lakukan ialah aku tidak berkesempatan berjumpa dengan pendidik-pendidikku di sekolah dan kampus sebelum ini, dek kerana tiada kesempatan waktu. Aku hargai segala ilmu dan jasa yang mereka telah curahkan padaku.

Walau tak dapat aku nafikan, aku memaklumkan lambat kepada semua teman-teman dan sahabat-sahabatku, tetapi ucapan-ucapan, ambil berat dari kalian amat aku hargai. Aku cuma tidak mahu menyusahkan kalian semua untuk menghantar aku di KLIA, kerana aku bukanlah sesiapa, dan aku rasa aku tidak layak untuk terlebih-lebih dihargai. Aku cuma mahu pergi menuntut ilmu di bumi Allah. Perkara paling penting bagi aku ialah doa dari kalian. 

Aku masih lagi ketandusan ilmu di dada. Dalam hadith, Nabi s.a.w ada menyebut “Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu ilmu pengetahuan , Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”(H.R Bukhari). Moga-moga Allah memudahkan urusanku sepanjang di bumi barakah ini.

Hakikatnya hati ni berat ingin menyambung pelajaran di Jordan. Yaa.. terpaksa pergi dikala keluarga dalam  keadaan serba kekurangan. Dalam benak fikiranku terdetik mahu kerja dan baiki keadaan keluarga dahulu. Minat utamaku juga di bidang yang lain. Tapi, ini adalah harapan ibu bapaku Mereka sangat berharap aku menyambung pelajaran ke luar negara. Mereka mahu aku mendalami ilmu agama. Demi amanah dan tanggungjawab usah undur ke belakang. Dengan adanya 'bonus' mesti pergi! This is my decision..Biasiswa ini adalah rezeki dariNnya. Tanpa bonus, pasti tak terjejak kaki di Jordan ini, mana nak kais duitnya? Ku genggamkan tekad, ku simpunkan semangat. Maka bermulalah kembara ilmu ini.



Bersambung..

Kita dihidupkan hari ini.. Bukan untuk menyambung maksiat semalam.. 
 Melainkan untuk kembali mencari keampunan dan keredhaan Allah..

.::Imam Hassan Al-Banna::.

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”